21 Mac 2013. Tahniah untuk Amigas, batch 0812 yang berjaya meletakkan SSP sebagai sekolah nombor satu dalam senarai kedudukan sekolah yang mendapat keputusan SPM terbaik di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan nombor dua terbaik dalam Malaysia setelah kalah kepada MRSM Tun Ghafar Baba. Sedar tak sedar sudah hampir lima tahun aku meninggalkan sekolah. Aku tidak pernah mengenal siapa adik-adik Amigas, namun aku percaya mereka tentunya adik-adik yang hebat yang berjaya mengharumkan nama sekolah ke tahap ini.
Kecoh lah dunia facebook dengan status-status tahniah kepada batch Amigas, guru-guru, ibu bapa dan juga individu tertentu. Tidak kurang hebatnya dengan status-status mengimbau kisah lampau ketika masing-masing pernah berada di bangku sekolah menengah, bercinta dengan buku, melancong ke dormitri asrama, menggenggam tiket masa depan dan sebagainya. Benar, aku sungguh rindu dengan masa lalu itu. Pahit walaupun tak sepahit mana, manis walaupun tak semanis buah durian atau rambutan yang masak ranum, masam? Aku tak rasa aku pernah alami situasi 'masam' di sekolah. Haha. Namun, dalam apa jua situasi, aku tetap merasa bahagianya berada di sekolahku yang tercinta Sekolah Seri Puteri.
Bercerita tentang hari gemilang ini, aku teringat tentang pengalamanku ketika mengambil keputusan SPM pada tahun 2008. Tidurku tidak selena mana malam itu. Hatiku tidak keruan, tapi aku percaya aku masih bersemangat menonton televisyen kerana itu telah menjadi rutin harianku ketika berada di rumah. Aku terjaga dari tidurku untuk menunaikan solat fardu Subuh. Aku mohon perlindungan daripada-Nya supaya semuanya dipermudahkan pada hari tersebut. Sebelum ke sekolah, aku masih ingat aku sempat singgah di balairaya, tempat ibu bermesyuarat. Disebabkan ibu ingin menemani aku ke sekolah, ibu hanya sempat meninggalkan buku mesyuarat dan seikat rambutan kepada teman-temannya.
Aku tidak lagi layak untuk naik ke pentas ketika Majlis Anugerah Cemerlang. Aku menghampakan harapan sekolah yang dahulunya meletakkan aku sebagai 40 calon yang berupaya mendapat keputusan 10A1. Aku gagal kepada diri sendiri yang pernah meletakkan objektif untuk mendapat 10A1 SPM.
TAPI... Aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana tanpa keputusan yang cacat itu, aku tidak akan kecapi apa yang aku kecapi kini. Aku tidak akan menyalahkan sesiapa kerana itu adalah takdirku. Aku redha.
Kini... Aku merupakan penuntut di Newcastle University, tahun ketiga jurusan kejuruteraan kimia di bawah pinjaman boleh-ubah Petronas dan ini merupakan tahun ke-5 aku berada di United Kingdom. Dua tahun pengajian International Baccalaureate di United World College of the Atlantic sudah cukup membuatku untuk rasa sangat bersyukur ke hadrat Allah dengan keputusan SPM itu.
Keputusan straight A's dalam SPM bukanlah satu janji pasti untuk belajar di luar negara. Benar, slip itu adalah tiket masa depan anda, tapi jika coraknya salah, anda tidak akan ke mana. Kepada yang kurang berjaya, percayalah, ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa baru kehidupan anda. Kebergantungan dan harapan kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki adalah perlu di samping usaha kita semua.

Nak pergi mana ni?
Nak hantar anak ambil result SPM ni...
Okay punya lah tu. Confirm straight A nyer.Aku tergelak kecil. Aku harap masin mulut mak cik tu. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit itu aku isikan dengan selawat dan doa di dalam hati. Apabila mataku ternampak bumbung sekolah ku, jantungku berdegup kencang. Hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya aku saat itu. Aku lihat sudah ramai dalam kalangan kawan-kawanku berwajah ceria dengan slip keputusan masing-masing di tangan. Bell, kawan sekelasku memeluk aku. Aku tersenyum, namun hati ini tetap tidak tenang. Aku melangkah ke meja guru kelasku, 5 pintar. Guruku tersenyum.
Assalamualaikum cikgu!
Waalaikumsalam... Ni dah bersedia nak amek result ni? Sign kat registration list ni dulu...Aku meminjam pen guruku yang tersedia di atas meja itu. Tanganku menggeletar. Tandatanganku dapat kulihat sedikit comot.
Tahniah! Awak dapat 10A. 8A1, 2A2.Aku tersenyum lebar, hatiku lebih tenang, namun aku tidaklah melompat girang. Aku terus meluru ke tempat ibu dan ayah menunggu. Mataku sempat menitiskan air mata kegembiraan. Ibu dan ayah memelukku erat. Semua bersyukur dengan keputusan itu. Aku bergerak ke kumpulan kecil di mana kawan-kawanku bersembang. Aku memeluk kawan-kawanku dan guru-guru yang pernah mengajarku. Sekalung pernghargaan dan rasa terima kasih aku zahirkan kepada semua yang menyumbang kepada kejayaanku pada hari tersebut. Sehinggalah ayahku mencuit bahuku...
Angah, slip keputusan ni salah.Aku terkejut. Huh???
Ayah tengok-tengok slip ni. Tiba-tiba macam.. eh? bukan Nabilah binti Sifyan ni. Ni Nabila binti Ismail.Aku meneliti slip tersebut. Ya, itu bukan slip aku. Nabila Ismail adalah rakan sekelasku yang angka giliran nya hanya berbeza satu nombor sebelum aku. Untuk pengetahuan semua, ada 4 orang bernama Nabilah dalam batch aku, dan semuanya berada di dalam kelas yang sama. Fatin Nabila, Nabila, Nabilah, dan Nabilah Farhana. Aku bergerak semula ke meja guru kelasku tadi dan memulangkan slip tersebut. Guruku meminta maaf. Aku tersenyum.
Ya Allah, Nabilah... Cikgu minta maaf ye... Tak perasan pulak. Nama awak semua ni, dekat-dekat je. Sampai tersilap cikgu. Cikgu minta maaf ye. Ni slip sebenar awak. Awak check angka giliran awak kali ini.Sepatutnya, nama penuh dan angka giliran adalah benda pertama yang harus aku teliti dari awal tadi. Bukannya keputusan dahulu. Disebabkan perasaan teruja tersebut telah hilang, aku melihat dengan perasaan yang kosong kepada slip sebenar keputusan SPM aku. Aku mendapat 9A1, 1B3. Ya, 1B3 untuk matapelajaran English for Science and Technology. Cacat, bukan? Hatiku kosong. Tidak sedih dan tidak gembira. Ibu dan ayah masih tersenyum dan mengucapkan tahniah. Mereka memberikan kata-kata semangat walaupun aku tidak berjaya mendapat keputusan straight A's.
Aku tidak lagi layak untuk naik ke pentas ketika Majlis Anugerah Cemerlang. Aku menghampakan harapan sekolah yang dahulunya meletakkan aku sebagai 40 calon yang berupaya mendapat keputusan 10A1. Aku gagal kepada diri sendiri yang pernah meletakkan objektif untuk mendapat 10A1 SPM.
TAPI... Aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana tanpa keputusan yang cacat itu, aku tidak akan kecapi apa yang aku kecapi kini. Aku tidak akan menyalahkan sesiapa kerana itu adalah takdirku. Aku redha.
Kini... Aku merupakan penuntut di Newcastle University, tahun ketiga jurusan kejuruteraan kimia di bawah pinjaman boleh-ubah Petronas dan ini merupakan tahun ke-5 aku berada di United Kingdom. Dua tahun pengajian International Baccalaureate di United World College of the Atlantic sudah cukup membuatku untuk rasa sangat bersyukur ke hadrat Allah dengan keputusan SPM itu.
Keputusan straight A's dalam SPM bukanlah satu janji pasti untuk belajar di luar negara. Benar, slip itu adalah tiket masa depan anda, tapi jika coraknya salah, anda tidak akan ke mana. Kepada yang kurang berjaya, percayalah, ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa baru kehidupan anda. Kebergantungan dan harapan kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki adalah perlu di samping usaha kita semua.
No comments:
Post a Comment