Friday, 6 March 2015

Boy friends

Boyfriend or boy friend? Bunyi sama tapi orang kata berbeza makna. Kalau ambil erti umum, boyfriend tu teman lelaki, boy friend tu kawan lelaki. Teman tu sama dengan kawan x? Nahhh, can't be bothered untuk kaji secara ilmiah. Okay, I am not gonna talk about so called boyfriend tu sebab malas. Cukup untuk katakan I'm not interested at the time being.

Boy friend. Boy friends. Haa post ni special untuk classmates UTP yang macam teringin nak baca blog aku yang tak seberapa ni. Dah berapa kali dah cakap blog ni kurang menarik, but they insisted jugak to read. Fine. Lets grant that.



Hi korang,

Yang terutama, yang terhappy, yang tersayang rakan-rakan yang baru ku kenali sejak December tahun lalu. Warkah ni khas untuk korang yang penasaran. Penasaran tu apa? Google la. Lagu dangdut ada guna word ni.

Baru-baru ni, H ada tanya aku beberapa soalan yang tidak kurang cepumas nya. Sampai F kata "annoying gila soalan dia. Kot aku jadi kau, aku senyap je". Okay, korang yang lain tak kisah la tertanya-tanya or tak pasal soalan tu, meh sini aku summarise kan. Soalan H was about whether aku bagi tak bakal suami nak kahwin dua. Masa soalan tu diterjah, S sempat cakap "ko nak lagi ke kat lelaki macam tu. Awal-awal dia dah nyatakan niat. Kot aku jadi kau, aku angkat kaki je". Soalan tu aku jawab macam ni. "aku tak rasa aku redha nak share. Tapi, kalau after all ikhtiar, aku tak boleh bagi anak, then yeah, kahwin la lain". Tapi H ni macam paparazi melodi, never ending question sungguh. "Tapi, kalau ada sebab lain?" D pulak menyampuk "bestfriend ke?" Time tu aku hampir nak mencarut dah. I'm so not gonna tolerate that reason. Cukup lah sekali. Hell with your bestfriend tu. Pedih tau tak dengan reason tu. Tak nak KLMJ dah. Tak tau KLMJ, tanya deskmate aku eh?



Hari berganti hari, pelbagai ragam dapat di observe. Yang sengal, yang comel, yang urghhhh can you please shut up, yang gentleman, yang nak no, dik? Pening aku. Selama aku berkawan dengan budak lelaki, yang kali ni maha sengal. Maybe sebab separuh hari hidup dengan diorang everyday kot. Kalau salah cakap, or salah post, confirm kena bahan. Tak kesah la benda ni positive ot negative. Nasib baik I was used to all stupid jokes I had back in AC dulu. Kalau yang overrated pon, buat-buat tak faham je la. Men won't stop talking about it even if you say no. Dah minoriti, buat cara minoriti la aku. Haha.



Tapi, seriously thanks lah sebab menceriakan hidup aku saat ni. Thanks buat life UTP yang sememangnya bosan ni colourful. Korang punya jasa buat aku tertawa akan ku kenang sampai bila-bila. Kalau aku cakap aku benci korang tu, aku tak maksudkan pon. Bak kata F, bajet comel ah tu? Pangg satg.

Cukup la dedicate stakat ni. Panjang-panjang pon tak tau nak cakap apa.
Ada orang tanya A, B, C baik ke x? Yes, semua baik and handsome. Aku sayang korang, kawan!

No comments:

Post a Comment