Thursday, 19 March 2015

Lugano-Geneva-Bern-Lucerne

Untuk ke Geneva, perjalanan akan mengambil masa selama 5-7 jam lagi kot kalau tak silap. Bayangkan betapa lama lagi Ammar kena drive. Tempat aku dan Aqiedah bertukar. Now, Aqiedah jadi co-pilot. Aku, duduk belakang tidur. Hehe. Entah apa diorang borak kat depan, aku ngan Atikah tak kesah dah. Penat memikirkan hal dari siang tadi dah cukup memeningkan. Tapi, aku macam tidur-tidur ayam je la. Di saat aku nampak kereta dah ke kiri ke kanan macam orang mabuk drive, hati aku sedikit cemas. Ammar confirm dah ngantuk tahap gaban. Nak berhenti, dia tak nak. Sebab masa tu memang kat dalam terowong, anything happen, tak de siapa yang tahu. Nak mintak tolong pon tak de orang, sebab memang dah lewat malam. Bila tengok peta, kitorang SUSPECT (without knowing) kitorang sebenarnya tengak mendaki Mont Blanc.



Kenal tak Mont Blanc? Pen Mont Blanc yang super expensive yang harganya tak sepadan dengan size dan fungsi sebagai hanya sebatang pen tu, haaaaaa. Actually, Mont Blanc ni dikongsi tiga negara. Itali-Switzerland-France. Bila kitorang keluar masuk negara-negara ni pon macam tak sedar, sebab dalam terowong kan? So, bila keluar je dari fasa pertama terowong tu, ada la satu hentian kecil yang menjadi sempadan antara dua buah negara, i.e. France dan Switzerland, tempat kitorang rehat dan tidur. Bila berhenti je engine kereta, Ammar terus g seat belakang tidur mati macam kalau ada bom meletup pon confirm dia tak dengar. Dia memang tak sedar apa dah. Aku pulak yang sambung tidur dekat driver seat, sementara Aqiedah dan Atikah di seat co-pilot.

Bila masuk Subuh, kitorang pon bangun. Toilet dikunci, so kitorang guna air mineral je untuk berwuduk dengan tertib. Bila pusing belakang, Ya Allah...... lagi sekali amazed dengan peraturan Allah. Guess what, the top peak of Mont Blanc is just ahead. Kalau ukur dengan la, tinggi Mont Blanc dengan eye-level kitorang tu macam setinggi diameter tapak tangan aku je. Yang aku cakap ni, konsep dimensi. Kalau benda tu jauh, kita nampak kecil je walaupun benda tu sebenarnya besar. Macam tengok bintang? Haaa. So, nak dikatakan betapa dekatnya kitorang dengan peak of Mont Blanc tu macam tu la. Makin dekat, makin besar.



Fasa ke-2 terowong Mont Blanc kitorang tempuh selepas Ammar segar dari lena. Aku jadi co-pilot balik, kasi peluang untuk Aqiedah tidur properly. Time tu, memang kitorang confirm bawah Mont Blanc. Terowong sepanjang 40 km itu diakhiri dengan pembayaran tol sebanyak 41 euro dan sekeping kad tanda memori terowong Mont Blanc. Hahaha. It was such an amazing experience. Walaupun just gelap tak nampak apa-apa, tapi perasaan excited merentasi gunung yang popular membuatkan perasaan menembusi terowong gelap itu indah. Kalau setakat terowong Karak yang tak berapa nak panjang tu, memang experience ni lain la.



Keluar je dari terowong, akhirnya!!! kitorang dapat tengok pemandangan Chamonix-Mont-Blanc village di kala pagi hari. Excited gila kot. Ambil-ambil gambar pukul 5/6 pagi atas gunung dalam suasana yang menyegarkan memang mendatangkan aura positif la. Mood pagi tu menjadi lebih baik. Kitorang teruskan perjalanan ke Geneva untuk membersihkan diri dan bertukar kereta. LOL.

Sebab tak nak bayar parking, kitorang actually pergi je park dekat tempat pulang kereta. Ammar sambung tidur, and kitorang naik shuttle bas ke airport untuk bersiap. Tak kan la aku nak pakai track bottom lagi nak g jalan ni. Habis la keayuan gambar aku sepanjang percutian kan.. Nasib baik la bas free, naik banyak-banyak kali pon tak kisah, just kena buat muka tebal kat driver bas je la.

Satu hal la kan, dekat Switzerland ni semua benda akan jadi mahal sebab ke'elegan'an negaranya. Nak mandi guna shower pon kena bayar sampai 15 swiss franc. Memang tak la kan... Mahal gila. Nasib baik aku dah mandi siap-siap sebelum gerak tengahari semalam, so x de la busuk sangat. Hehe. Niat mandi tu pon memang sebab cuaca panas pon. 

Selesai kitorang semua bersiap, aku dan Ammar pergi settle kan kereta baru. Macam dush dowh dorang yang kerja kat situ. We asked for another web pocket, and that woman did not even know how to use or even register it. Membazir masa berjam-jam, dari kitorang jadi orang pertama dia layan sampai kitorang jadi the last customer for that morning. In the end, tak dapat pon web pocket tu. Sabar je la. 

So, we first head to Bern sebelum ke Luzern. Bern ni ada bear. Bear dia besar-besar. Excited weh tengok bear kat situ. Selama ni tengok bear dekat Zoo Negara, and that was long long time ago. I bet masa standard 2 kot. So, bila datang jauh-jauh, dapat tengok bear bila dah besar ni, mula la hati jadi budak-budak balik kan... Seperti mana jam di Prague, Bern pon ada similar wall clock. Kebetulan we arrived pukul 12 rasanya. Sempat jugak la tengok patung-patung kecil dekat clock tu menari seiring dengan muzik dari jam tersebut.




Selesai mundar-mandir di Bern, kitorang pon gerak ke Luzern. Perjalanan ke Luzern memang panjang, jadinya sampai Luzern pon dah petang sangat. We checked in at Youth Hostel Association cawangan Luzern. YHA macam international association la, scattered around Europe. Very nice accommodation though. The girls kebetulan satu dorm pulak dengan two other malaysian which coincidently my SSP junior. Diorang dari Jordan, jalan-jalan makan angin di Europe. Selesai solat semua, kitorang keluar jalan-jalan Luzern waktu petang. Sambil jalan-jalan, terserempak dengan a group of Malay Singaporean. Excited pulak mak cik pak cik tu dengan kitorang. Selesai ambil gambar, memang rezeki kot, seorang pak cik bagi extra pocket money to Ammar. Senyum lebar dan terima kasih la ye. Hehe.




Pemandangan waktu senja di Luzern sangat mengasyikkan. Berlatar belakangkan the Old Bridge of Luzern, kitorang bergambar. Old Bridge ni sebenarnya pernah terbakar, so yang sedia ada sekarang ni macam bina semula la. At the end of the bridge, ada tall tower merangkap penjara pada zaman dahulu kala. Kalau dah senja masa summer, maknanya dah lewat juga la waktu masa tu. Kitorang balik hostel, makan maggi for dinner, and lepak dekat common room untuk melayari internet. Masa tu la aku dapat email gembira yang menyatakan hasrat Group Health Safety and Environment Emergency department untuk mengambilku sebagai intern. Happy kot. Terus tidur lena malam tu.

No comments:

Post a Comment