Wednesday, 10 June 2015

Back to the past at Shirakawa-go.

When we searched placed to visit in Japan, this came to appear on screen. Shirakawa-go can be accessible by public transport from Takayama. Shirakawa-go is a UNESCO heritage site, locating the traditional village of farmhouses. Jangan kata Kedah je ada sawah padi, kat Jepun ni pon ada tau. And lagi hebatnya, sawah padi orang Jepun ni, di hadapan rumah masing-masing. Walaupun halaman rumah mereka sekangkang kera, tetaplah berbudi pada tanah, seiring dengan seruan 'Grow your own food'. And culture bercucuk tanam ni bukan sahaja dapat dilihat di kawasan kampung, malahan di kawasan bandar juga. Tabik!

We arrived in Takayama at noon and the bus departed to Shirakawa-go was at 1 pm. That left us a little bit of time to keep our luggage at the locker for 800 yen. That was the most expensive locker we ever used in Japan. Kalah Tokyo, okay? Hahaha. When we bought the ticket, kakak Jepun kat kaunter tu kata, we have to be back from Shirakawa-go at 3.15 pm sebab tu je waktu terakhir untuk naik bas awam di Takayama. Bas-bas di Takayama berhenti beroperasi seawal jam 4 petang. See what nonsense it was. We were like, heh??? Tapi, kitorang boleh call shuttle hotel kot. Nevertheless, to avoid any hassle, tetaplah kitorang obey jugak untuk balik pada masa yang ditetapkan. Negara orang kot. Sat gi sesat ke stranded ke, nak cakap camne. Dah la kampung, nak jumpa orang cakap English macam menunggu baby baru lahir bercakap pulak kan...

Perjalanan bas menuju ke Shirakawa-go mengambil masa selama satu jam. Pemandangan gunung ganang di sepanjang perjalanan memang menenangkan. Sebabkan bas ada wifi, sempat jugak lah belanja satu gambar gunung kat whatsapp group classmate.


Shirakawa-go Subhanallah... cantiknya!!! Sebab kampung tu dipisahkan oleh sebatang sungai yang mengalir deras. So, kalau nak pergi ke kampung tersebut, kena lah menyeberangi sungai melalui jambatan kayu gantung. Tak payah nak gayat-gayat, jalan je okay?


Secara mata kasar, what makes them different are the architecture style. Atap rumah kampung ni tinggi. So, kira macam loteng jugak lah area bawah atap tinggi tu. Actually, we only wondered around the area. Tak masuk dalam rumah pon sebab kena bayar. Macam duhhh???

We did not go to the viewing point sebab takut terlepas bas. The viewing point tu atas bukit. Setengah jam nak jalan and climb up the stairs, nanti tak sempat nak menikmati pemandangan yang indah and berebut dengan ribuan pengunjung yang hadir untuk dapat photo spot yang cantik, dah nak kena turun pulak kan. Another setengah jam pulak. So, dari membazir masa, baik lah tak payah pergi langsung. At least, dapat round kawasan kampung tu sampai habis, kan?

Puas bergambar, kami pun pulang. Sesampainya di ryokan, tersangatlah happy tengok ryokan yang sangat traditional dan bercirikan Jepun tu. Tidur atas tatami, ada yukata, ada onsen (kolam air panas), ada terompah kayu, ada green tea. Jakun!!!

Tapi, sebabkan aku memang adik yang mengada-ngada, aku paksa jugak lah kakak-kakak ni keluar bilik and jalan-jalan pergi open air museum. Tak jauh pon, dalam 10 minutes jalan mendaki bukit. On the way tu, sempat jugak lah singgah dekat bear museum, ambil gambar temple apa ntah besar semacam beratap warna gold, and also the entrance of seven gods museum. Walaupun tahu dah tutup, kitorang just try nasib je lah. Tak sangka pakcik museum tu bagi kitorang free chance masuk ambil gambar dekat the famous spot of that museum. Alhamdulillah... Rezeki kami lah kot Allah nak bagi. 

Selesai ambil gambar buat syarat dah sampai Takayama, semua balik bilik untuk sesi bergambar dalam bilik. Konon-konon green tea ceremony lah, selfie dengan yukata lah, mandi dalam onsen dan sebagainya. Malam itu kami tidur dengan sangat tenang beralaskan futon 3 lapis di atas tatami.


No comments:

Post a Comment