Monday, 14 March 2016

Haram vape tapi rokok? 1.0

Tak faham dah orang kat dunia ni berfikir macam mana. Cakap, salah. Tak cakap pon salah. 
Lately ni cerita kat berita semuanya berkisarkan cerita pembunuhan dan vape. Now tengah musim orang tembak-tembak. Senang terus mati. Tak payah bayar bil hospital or menjalani kehidupan cacat kan? I think thats how pembunuh think la kot. Sigh... Ingat nyawa manusia boleh treat macam nyamuk ke? Tak kena kat hati ko sikit, terus bunuh. Abes, kalau bunuh, ko dapat apa? Apa pon tak dapat except hati yang tak tenang.
Vape? Tadi ada pakcik NGO marah-marah kementerian rampas nikotin berperisa yang dijual tanpa lesen ke apa ntah. Beriyer pak cik tu marah "kasi can la orang melayu meniaga?" mehh... Dah kenapa? Kot orang melayu jual dadah pon nak tolong ke? Tak faham dah. On the other side, dah kenapa bila vape ni baru nak heboh-heboh. Rokok conventional yang dah lama gila jual tu tak nak pulak rampas? Tak kan sebab pengeluar rokok bayar tax banyak, ko rasa terhutang budi, so bila pengeluar rokok bising pasal vape, ko pon tak kasi jual nikotin flavour? Okay, not that aku sokong rokok or vape, tapi pelaksanaan undang-undang untuk kedua-dua isu ni macam tak parallel. Both are completely useless kot (though ada orang kata vape tu alternative yang sihat berbanding rokok). Jin je makan asap weh. Yang ko pon nk telan asap dah kenapa. Nak flavour, p order air kat kedai la. Semua flavour ada. Tak sedap? P pasar, beli buah, potong sendiri or blend buat jus sendiri.
Haihhh. Nanti orang cakap, susah la nak berhenti. Ye, aku tak pernah merokok and tak tahu sengsara korang yang susah nak berhenti. Tapi, still, if you are aware of the harm, kenapa buat lagi? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? (betul ke tak peribahasa aku ni). 
Seriously, tak mampu dah tengok masyarakat suka 'jerebu' ni. Indah agaknya dunia korang ni tengok asap dimana-mana kan. Tau tak asap vape yg korang kata bau fruity sgt tu pon busuk jugak (though slightly less busuk la dari rokok biasa). 
Senang cerita, tak yah vape, tak yah rokok. G tanam pokok buah belakang rumah, nanti dah berbuah, anak bini pon sihat makan sama-sama. Ni kalau vape ke rokok ke, anak bini korang jugak yang sakit. Sakit apa? Sakit sebab 'merokok' jugak and sakit penat jaga korang bila korang sakit akibat rokok kelak. Tak payah nak cakap korang tak sakit now ke apa. Kalau lah korang willing to disect your chest, tengok la paru-paru korang tu. 
Yang melaksanakan undang-undang pon, jangan sebab nak lobi undi belia muda yang in trend dgn vape ni korg kata vape ni tak bahaya. Kuasa tu kalau ada, guna dengan betul la. Bukan ke jalan songsang. I am afraid of our nation's future. Entah HD, entah kabur macam tengok tv tanpa antena. 
This issue will be endless. Forever and ever sampai la each and one of us, tak kira pangkat dan pekerjaan, aware of bahaya rokok dan e-rokok ni. Nak kata pendidikan awal di sekolah or iklan di media massa tak buat? Dah buat dah. Semuanya bergantung pada hati individu itu sendiri. Tak semua bole jadi baik. Manusia tu tak sempurna kan sifatnya. Tapi kalau semua sentiasa niat untuk merubah ke arah kebaikan, inshaAllah ada pembaharuan.

No comments:

Post a Comment