Didi and friends telah menjadi penyanyi kegemaran Luqman semenjak dua menjak ni. Dia dah bosan dengan Upin Upin, so now nak kena cari benda baru. Thomas and friends macam x sesuai sebab kadang-kadang script dia ada yang macam nak WTx pon ada. Huhu. Lagu Hora Horey menjadi salah satu lagu kegemaran Luqman, tapi aku tak de la nak cerita pasal lagu Hora Horey tu. Sebenarnya, tak tahu nak cerita apa. Tengah bosan-bosan tengok phone. Tv pon x de cerita best. Luqman tengah take a nap. Huhu
Saturday, 26 December 2015
Friday, 11 December 2015
Towards the end of my third internship experience
What? Intern lagi?
Wednesday, 2 December 2015
Iklan kecantikan
Tak tahu lah ni jatuh tahap mengumpat ke apa, tapi tetap jugak nak meluahkan perasaan.
Recently, slot akasia tv3 akan ditaja oleh sesebuah syarikat produk kecantikan demi melariskan barang diorang. So, setiap kali iklan, mesti keluar muka duta produk dok promote. Aduhai... Ni yang tak syok ni.
Satu, gelak 3 harakat.
Dua, tertonggek-tonggek.
Tak tahu nak cakap apa. Macam... Perlu ke????? Dah tentu-tentu la ramai yang tengok drama tu mak cik mak cik kan. Tak payah lah buat iklan seksi sangat macam nak attract orang lelaki. Eeeee geli laaaa. Seriously tak boleh nak terima.
Iklan tu harganya mahal walaupun airing time dia short. So, hasilkan la iklan yang berpiawaian tinggi sket, yang lebih berilmu. Senang kata, yang lebih sopan dan bertepatan dengan segenap lapisan masyarakat. Kang cakap bertepatan dengan syarak, kata ada je orang india dengan china gak tengok. Kang kata nak bertepatan dengan syarak, sifat hiburan tu sendiri dah salah, so baik tutup je tv, fokus tazkirah maghrib. Whatever it is, the main point is, IKLAN HARUSLAH TIDAK MENYAKITI MATA PENONTON, BAIK SECARA FIZIKAL MAHUPUN TIDAK.
Kalau anda sukakan hiburan pon, biarlah hiburan itu sesuatu yang after-effect dia tak terlampau negatif. Ni kalau dah sampai iklan pon menggeletis, commercial value produk tu pon entah ke mana, imej duta pon ke laut, yang tinggal? Cemuhan je. Hurm..
Just my 2cents. Orang kata nak bersuara guna air liur je, tak yah bayar. So, I pon merepek la sesuka hati. Hihi.
Saturday, 17 October 2015
Old.
Sometimes we just wanted to be remembered, not always, but maybe during happy moments. But, things won't be as what you could have wished for always. As time passes, new people come, old people say farewell.
So, never take things too deep in a relationship, be it a friendship or even family bonding. No one could commit to a single person the whole life. Later, you may be forgotten and that is reality.
Appreciate what's in front of you.
Don't look back.
Tuesday, 13 October 2015
Perkara-perkara yang tak digalakkan ketika berada di dalam kenderaan awam
Semenjak menjadi penghuni sementara dalam kawasan bandar, aku dan rakan-rakan turut menjadi pengguna setia kenderaan awam. Padang Jawa - KLCC menjadi destinasi harian kami. Pelbagai ragam dapat dilihat and I learned about the do's and dont's while using public transports.
1) JANGAN KENTUT
Benda ni terpaksa di stress kan kat nombor satu of dont's thingy. Eeewwww apakah?? Dah kenapa nak kentut dalam aircond area yang ada orang? Haip... Dah banyak kali happened. Pernah sekali tu, aku terus pindah gerabak. Wengg la. Tahan je la. Nanti keluar train, kentut sangat lah. Menggangu gugat kestabilan emosi betul.
2) MAKE SURE BAKI KAD RAPID / Touch n Go MELEBIHI KADAR MINIMUM YANG DITETAPKAN
Haaa macam mana nak tahu berapa kadar minimum? Ni apa yang kawan aku cakap la. Let say you board from KLCC. The last station would either be gombak or kelana jaya. Make sure baki kad melebihi harga klcc-kelana jaya. Tapi tak tahu lah teori ni betul ke tak. While writing ni pon aku tengah terfikir. If we have rapid card, it will cover STAR's station too. So paling jauh would be ampang, petaling, sentul kot. So, tinggi nye minimum? Hurm... Better tanya kaunter tiket untuk info lanjut. Kenapa aku cakap ni? Sebab, orang-orang yang tak cukup baki and stuck ni membuang masa orang belakang. Again, emo.
Kalau touch n go, rasanya kena ada lebih dari rm2. Kalau tak kena tangkap, lepas je nk jalan. Tapi kalau ada pak cik ktm or pak cik polis bantuan jaga depan scanner, ha sila lah ke kaunter untuk membuat bayaran lanjut.
3) JANGAN BERKUMPUL DI DEPAN PINTU MASUK
Aihhh dah kenapa la nk semak je depan pintu lrt or ktm tu? Jalan je la tengah sikit. Banyak lagi ruang, banyak lagi orang boleh masuk kot.
Ha macam tu lah hari-hari dok mengomel dalam hati.
Teringat masa intern 2013 dulu. Dari cheras station, kena naik STAR. Tapi kalau pukul 7.30 pagi, memang padat macam sardin. Ada sekali tu, aku insist gak nak masuk sebab dah lambat. Aku nampak masih ada ruang lagi untuk aku berpijak. Bagi aku tak de ruang tu kalau depan pintu tu ada kasut semata-mata. Masa masuk tu, aku dengar la ada minah ni mengomel. Time tu dalam hati macam "eeee sorry la akak. Saya kecik je. Tak bergerak pon akak kat tengah tu masa saya masuk."
4) MANDI PAGI
Dah bangun pagi tu, mandi la... Yang nak jugak naik public transport tak mandi pagi tu dah kenapa. Aku ni dah la pendek. Kot kau tu tinggi, obviously bau tu boleh tersebar kot kalau kau pegang handle atas tu. Haip...
5) BERATUR DAN JANGAN MEMOTONG BARISAN
Bayangkan kau elok-elok dah beratur tunggu ktm or lrt. Tiba-tiba orang potong barisan dari tepi or tengah. Nak jeling pon tak guna sebab orang tu ignorant sangat. Menyampah okay. Cuba la bertimbang rasa sikit. Semua pon nak cepat. Tapi, tak kemana kot train. Kalau semua boleh beratur, inshaAllah ada je tempat dalam train tu. Ada pernah sekali tu aku geram, memang aku letak je tangan dekat tepi pintu train tu, tak kasi orang potong dari tepi. Menyampah.
Haaa, rasanya tu je la kot. Dah nak sampai Padang Jawa dah ni. Hehe. Conclusion nya, jadi lah pengguna yang berhemah. Kalau anda menyenangkan orang, orang pon akan menyenangkan anda.
Sunday, 11 October 2015
My weekend in october
It has been three weeks since I started my on job training program. What have I learnt so far? I am not sure how to answer that question to be honest. Everything seems vague. I just got back from ROE training back in INSTEP. Yes, I went there for the second time for almost similar training I had in April. Nevertheless, I enjoyed this time's visit where I clearly saw several procedures happening at the land rig. The knowledge and experience, I shall thank UIDA and PETRONAS for giving me such opportunity. I even learned the way to make bees go away, okay? Haha.
On 10th October, the Malaysia's Prime Minister officiated 'Hari Sukan Negara'. Although I was not directly involved, I was happy to see the reactions from fellow Malaysians towards this event. The news reported the scenes from all states in Malaysia, and everyone seemed happy and active in their participation. What did I do? I just sat at the pavilion and watched my sister playing hockey for her IPG hockey tournament. Some teams were okay and some were not. So, of course la ada part 'sayur dan mensayurkan' happened. Hahaha. The first day of the tournament ended at 3 pm and we headed to d pulze in cyberjaya for early dinner. Susah sangat nak decide makan apa, last last I suggested The Chicken Rice Shop. Haaa melantak masing-masing sampai dah tak mampu minum air dah. Alhamdulillah...
And today, I woke up to the sound my nephew made. That 1.5 years child would never fail to wake everyone up so early in the morning. Bak kata ibu, "orang tahajud dia tahajud, orang breakfast dia breakfast. Puas dodoikan dalam buaian satu jam. Dia tidur 5 minutes je". Omelan ibu is never ending. Thats how lively my nephew is and the feel of being home is always felt whenever and wherever my nephew and mother are at.
Tomorrow, the daily routine of an routine has to be continued. Ya Allah, permudahkan urusan kami... Amin..
Tuesday, 15 September 2015
My 2 cents for Dr S
Dear Dr S,
I am sure this does not reach you. If I ever dare to convey this to you, here are my 2 cents about what is happening right now. I know I am being seperti anjing menyalak bukit, not relaying the message through the right channel and just memekik tanpa hasil.
First, it has been a while since I sabarkan diri looking at your mismanagement on this program. I know you have to handle a lot of things. Plus, to align it with Petronas is burdensome too. Petronas has never failed to make things complicated at the very end and acts like they have not done anything wrong. I am speaking based on my experience as well where Petronas has never said anything on my recruitment status after few months of graduation, yet I heard they took non scholars into a job exactly after a week of interview finished.
Back to your mismanagement again Dr S, I just could not brain on why you still insisted of not sending any email to us even after we personally requested it just to officiate this sudden call. Are not everything has to be written, for recording and also for legal purposes? Say, if we all claimed that we did not even get the message, are you not in trouble by then? (I know you can counter it back by presenting the text messages on whatsapp or phone). But still, why on earth you do not inform us anything before hand and just jual nama kitorang tak pergi briefing hari Isnin to PCSB?
I think this kind of communication skill, you as a lecturer should have known better. Or else, I can suggest to UTP to allocate you into a management course taught by David Marshall. LOL.
Just imagine, IF and only IF, my coursemates did not ask the officer about our internship status, we could have been going selflessly to the tower and registered ourselves for internship on Monday. You never told us about them postponing the date of internship. Also, for the briefing, you have never told us anything too.
Please Sir
If this kind of situation keeps happening in future, I suggest to abolish this course forever, so you do not have to sakit kepala handle kitorang and Petronas. Being a guinea pig is not okay, trust me! Everything is uncertain. I am 24 and does not secure my job yet.
I hope this kind of thing won't happen again in future. I think every job has to be done sincerely, so the result will be fruitful. If you make things easier for everyone, eveyone will do the same for you too, inshaAllah...
Monday, 14 September 2015
My girlfriends dah kahwinnnn!!!
Minggu kahwin sedunia la last weekend. Semua orang nak kahwin. Dalam kalangan classmates UTP, ada 4 orang kahwin, so ada 4 majlis. Satu kat utara, satu kat selatan, dua kat klang valley. Dua hari sabtu, dua hari ahad. Sebab dah belajar jadi VIP hari tu, kali ni, tak nak la jadi VIP. So, I attended dua majlis only. Satu ahad, satu sabtu.
Hari Sabtu, I went to Felda Ulu Tebrau di Ulu Tiram, JB. Sampai kenduri pon dah pukul 2 lebih, perut memang menyanyi lagu keroncong zapin bagai dah. Lapar weh. Keluar rumah dah pukul 9 pagi. Sekian pulak nak sampai johor tu kan. Itu lah majlis kahwin pertama yang kitorang makan dua kali. Alhamdulillah nasi minyak and lauk sedap and orang dah ramai beransur pulang, so tak la segan sangat nak hulur pinggan lama kat mak cik mintak tambah nasi. Hehe. Masa tu Saidah pergi solat Zohor. Kitorang helped ourselves lah. Datang je Saidah kat meja kitorang, terus mintak kek kat atas pentas. Haippp tak senonoh punya kawan. Hahahhaha. Tapi, siapa pulak nak makan kalau bukan guests kan... Kitorang tolong untuk tidak membazir je. Hehe. Usai makan dan bergambar, the boys ajak g JPO. Aku pon jakun sebentar la. Tapi tak bernafsu tengok price tag beribu. Hahaha.
Dah pukul 6.30, perut pon lapar lagi. Shafik ajak makan mi rebus kat zz sup tulang. Meraban cari restoran tu. Haha. Waze ke laut, google map pon ke laut. Akhirnya kitorang jumpa jugak la kat tropika apa ntah. Sedap alhamdulillah... Dorang melantak mi rebus tulang. Sebab aku loser tak reti makan tulang, aku order mi rebus daging je. Sampai rumah dah pukul 12 malam. Thanks guys bawak aku jalan-jalan. Hihi.
Hari ahad pula, reception Ashraf dekat Dewan Perdana Felda, KL. Sebab kan formal dinner, nak gila-gila pon segan. Dah la duduk depan high table pulak tu kan. Sopan-sopan je makan. Kesian ekor udang tu aku tak habis buang kulit sebab takut terketuk pinggan. Haipp... Second time attend formal dinner kat hall. First time masa Malam Selingkar Kasih form 5 dulu. Nevertheless, kitorang enjoyed the night jugak la. Emcee of the night tu nyanyi sedap gak. Tapi dah macam gila mic dah aku tengok. Banyak gila lagu dia nyanyi. Dari satu ke satu. Dah macam free concert je ha.
Buat shima, saidah and iliyas yang baru berkahwin and ashraf yang dah 3 minggu kahwin, good luck in your new life, jaga hati pasangan elok-elok. Semoga berbahagia sampai ke syurga. InshaAllah...
Untuk aku? Tak pe lah. Long way to go. Hahaha. Doakan yang baik-baik ye.
NB: Al fatihah untuk mereka yang terkorban dalam insiden crane tumbang di Mekah.
Thursday, 20 August 2015
Nilai-nilai murni dari animasi mahupun drama
Aku pon tak paham la apa yang korang suka sangat tengok naruto/kdrama tu.
Drama pon ada pengajaran dan motivasi. Just penonton kdrama pemalas nak menulis. Cuba penonton kdrama pon tulis motivase yang dorang dapat dari kdrama tu, sama je benefit nya
Wednesday, 12 August 2015
Kau yang kahwin, Aku yang VIP
Saturday, 1 August 2015
Carrot cake dan pizzaraya kami di Seri Iskandar
Saturday, 25 July 2015
Raya dan kahwin dan soalan cepumas
Kalau dah masuk musim raya, mula lah start orang nak ajak makan kenduri kahwin diorang. Sampai satu hari tu, dua tiga kenduri kena attend. Kalau lah aku berkereta, nak jugak rayau semua kenduri tu. Nak pinjam kereta family and bawak kereta tu sendiri, memang tak kan lah mak aku nak bagi. Dia sanggup drive kan jauh jauh dari bagi aku drive sorang sorang. Tak percaya katanya. Hurm... Tapi kang kalau bawak, aku yang rasa bersalah tiba tiba mak aku tersisih bila aku gelak tak ingat dunia dengan rakan taulan yang turut sama menghadiri walimah tersebut. Apa apa pon, I am happy that ibu is willing to take me here and there. At least, ibu boleh berjalan. Tak lah duduk rumah je kan.
Raya kan sebulan. So every weekend tu ada je aktiviti makan. Dalam beraktiviti makan tu, ada juga lah orang yang suka menyibuk tanya soalan soalan cepumas ni. Soalan yang korang sendiri sedia tahu. Bila nak kahwin? Bila nak ada anak? Bila nak tambah anak lagi? Bila nak kerja? Bila nak habis belajar? Hurm....
Secara jujurnya, aku malas nak jawab soalan bila nak kahwin tu memandangkan aku single dan tak de calon lagi. Soalan tu macam pressure plak. Dah la kengkawan semua ada yang dah beranak pinak, aku ni pulak 24 and single. Mula mula macam don't care jugak, tapi bila tengok gambar-gambar dekat laman media sosial, timbul rasa cemburu. Siapa tak nak kahwin weh? Memang la dekat mulut cakap tak nak kahwin la, tawar hati la, tapi jauh di sudut hati, aku ingin gak disayangi seadanya. Tapi, bila fikirkan indahnya saat berkahwin, nightmare aku pasti datang. Sebab tanggungjawab sebuah perkahwinan tu amat lah besar. Kalau tak kena gaya, boleh karam weh. Hari pertama pasti indah, tapi bila anak pertama lahir, time tu la semua ujian datang. Ni semua aku just observe sebagai orang luar je lah. Pandangan dekat tentang hidup anak buah aku and juga cerita-cerita mereka yang lebih makan garam tentang kehidupan. Duit ke mana, anak ke mana, masa ke mana, ibadah ke mana. Allah... Ujian tu Allah datangkan bagi mereka yang mampu menghadapinya, kan? Semoga kita tabah...
Maybe Allah tak datangkan jodoh aku lagi sebab aku maybe masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut. Apa apa pon, aku hanya mampu berserah dan berdoa agar Allah pertemukan aku dengan suami yang mampu membimbingku ke syurga. Takut juga dengan realiti sekarang. Aku yang tak berapa nak baik ni, macam mana lah jodoh aku tu nanti kan?
Dengan soalan bila nak kerja pon menjadi satu masalah jugak. Aku ni dah la pelik sikit. Dah habis degree dah, and degree tu dipanggil master. Lepas tu, aku sambung lagi another master. Sudahhhh... Soalan seterusnya is, lepas ni nak sambung phd pulak ke? Aihhhhh. Kot la aku ni CEO Petronas, boleh jugak aku jawab. (maybe CEO Petronas pon tak berapa sedar situasi aku. LOL). Aku ni sambung master sebab orang tu offer nak masuk drilling department ke tak. Tu je. Boleh je nak decline and tunggu offer kerja department lain. Tapi, aku malas dah nak menunggu sebab scholar petronas ni macam dah dianak tiri kan. Entah bila kala pulak aku nak dapat next offer. So aku accept la untuk sambung master. InshaAllah lepas habis master yang ni, aku masuk lah kerja. Tang bab phd tu, kalau petronas suruh, boleh jugak. Tapi kalau dia x suruh, aku pon tak ingin heh. Tak tau la, kot ingin plak nanti, aku accept la kalau ada opportunity tu. Boleh duduk oversea lagi sekali. Hehe.
Sorry lah kalau liku hidup saya ni membuatkan anda curious pulak. Hihi.
So masyarakat sekalian, kalau musim raya tu, baik cerita pasal makanan je kalau kau tak de soalan selain dari tanya bila orang tu nak kahwin nak anak nak kerja bagai. Sesungguhnya topik makanan itu lebih enak didengar. Kalau nak cam hiruk pikuk sikit, cerita pasal drama tv ke, kenangan masa silam ke, isu semasa ke, apa-apa je lah yang boleh bagi orang selesa. Setiap manusia pasti ada masalah dan reason mereka sendiri. Tak perlu lah jadi burung belatuk, memecahkan wall of privacy orang.
Sekian dari yang tengah berangan nak pelamin cantik tapi rasa membazir.
😀
Friday, 10 July 2015
Women. Career or family?
Sunday, 21 June 2015
The end of our Japan trip: Tokyo day 2
Usai bergambar, moh le balik kemas bag. Esok nak balik Malaysia dah.
Saturday, 20 June 2015
Tokyo day 1. Pheww... Ayam dan itik sudah berpisah (Everyone can speak and understand english)
Ohhh. Since it was Sunday, we first went to Harajuku. Konon nak tengok la cosplay. Hurm... Haram. Mana ada. We do not know the famous spot.
Keluar je dari Harajuku station, kami ternampak ramai orang berbondong-bondong bergerak ke satu arah, dan kami yang memang agak kehairanan ni pon ikut la. Jalan punya jalan, ohhh dah sampai Meiji Shrine ke... Tak sangka la pula. Meiji Shrine is an old temple. Kebetulan masa lawatan kami, ada dua buah perkahwinan tradisional Jepun sedang berlangsung. Memang popular habis lah those two couples sebab tourist memang beratur ambil gambar mereka, termasuk lah yang tengah bercerita ni. Hehe.
Bunga biru di Hitachi Seaside Park, Ibaraki.
Shibasakura Festival
Friday, 19 June 2015
How do I arrive at Mount Fuji?
"Ehhhh, logik ke?"
"Asal macam familiar eh Gontemba ni?. Ada apa eh?"Rupa-rupanya ada Gontemba shopping outlet. Free shuttle lagi dari Gontemba Station. Tapi, sebab takut lewat pula sampai Mount Fuji, kami tidak tunduk kepada nafsu membeli-belah tersebut. Dari Gontemba station, we boarded a bus (1410 yen) to Mount Fuji. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Again, pon tak tahu lalu mana. Nampak pekan, nampak kilang kuning, nampak tasik, nampak pine trees forest. Dalam hati memang berdoa lah betul destinasi bas ni. (Nampak sangat tak yakin cakap mak cik tiket bas tu berbahasa inggeris. LOL). Lama kot dari Takayama nak sampai Fujisan. Dari pukul 7 pagi kitorang keluar dari Ryokan Murayama di Takayama, pukul 4 petang baru sampai Fujisan.
11 june 2013 The adventure continues...
13 June 2013 - St Moritz, Swissminiature, Lugano, Mont Blanc
Drama swasta petang tu sikit je la. Ammar sempat catched a train at 6:50 pm from Como tu Lugano which costed him only 8.50 euro. Of course, we shared the price la bila dah total up semua budget. Bajet nak buat surprise kat kitorang sebab mampu sampai awal than expected, tapi tak jumpa pulak. Hahaha. We thought he would be late, so we actually sempat berjalan-jalan sekitar Lugano and naik the funicular. Last-last Ammar buat-buat merajuk pulak sebab tak tunggu dia naik furnicular. Sorry Ammar. Hehe.
So, the next rent car was metallic grey Mazda 2 which costed us 180 CHF, with full covered insurance. Off we go to Geneva!
Having said that, we actually returned to our original plan, i.e. be at Geneva at particular date. We drove all the way to Geneva from Lugano at dusk and the scenery along the highway was pretty spectacular. Kalau dah namanya senja, memang dah pukul 9 malam lah. Yang penumpang, tetap lah terlena. Yang memandu, tetap lah gagah. We stopped at autogrill aka RnR la where Aqiedah had deep interest in. Tak tahu kenapa. (Obviously dah lupa, sebab masa entri ni ditaip pon dari yang dah kahwin pon, anak pon dah boleh berlari la, nak katanya lapuk nya cerita ni. Hahaha). From this point, the co-pilot had changed, i.e from Nabilah to Aqiedah.
And the next day i.e 14 June 2013 already started. That means, dah seharian jugak lah Ammar ni bersengkang mata. Dalam kegelapan malam, when I actually checked the map provided by the rental service, memang kitorang tengah melepasi sempadan tiga negara. Kejap masuk France, kejap masuk Switzerland, kejap masuk Italy. Tak tahu lah sistem highway tu macam mana, tapi memang macam tu la nampaknya di atas map.
We finally stopped at a border of France and Switzerland. Ammar memang out terus bila enjin kereta mati. He slept for two hours at the back seat. Mula-mula Atikah duduk at the other end of the car. Mamat tu bila dah pengsan tak ingat apa dah. Bajet tidur kat katil rumah sendiri la konon, sampai tersepak Atikah. Atikah terkejut, terus duduk dekat co-driver seat. Berhimpit lah sikit kitorang kat depan. Tapi, tak pe lah. Sekejap je pon.
Tak lama kemudian, Fajar pon menyinsing, tanda masuknya waktu Subuh. Sebabkan in the middle of no where, memang facilities pon tak berapa nak friendly la. Ada ke dia kunci toilet atas gunung tu. Damn. Nasib baik lah stok air mineral ada. Guna je lah apa yang ada. Sejuk wehhhh. Menggigil-gigil berwudhu'. Bila selesai berwudhu', baru lah perasan yang kitorang sebenarnya berada di hadapan Mont Blanc. Puncak Mont Blanc tu masih bersalji lagi, so memang sejuk lah.
Usai berehat, we drove through the Mont Blanc tunnel sejauh 12 km and paid 41 euro toll. Keluar dari tunnel tu actually dah France. Pernah dengar nama tempat Chamonix? Haaa bawah dari exit tunnel tu, bandar Chamonix lah. Actually, we confused jugak ada dekat negara mana. Jalan depan sikit dah Switzerland. Tadi, masuk Italy, pastu rasa macam kat Switzerland. But, yeah. Pemandangan memang snagat awesome. Nampak Chamonix di lembah Pergunungan Alps, air terjun semulajadi dalam suasana pagi yang berkabus pada ketinggian 1420 m dari paras laut. Subhanallah... Selesai bergambar, menggedik di depan Mont Blanc Tunnel, we continued driving to Geneva Airport where we actually needed to change our car (again).
Upon our arrival, Ammar sambung tidur. We, the girls boarded onto a free shuttle bus to Geneve Airport (we actually parked at car rental parking). Kononnya nak mandi la. Tengok-tengok kena bayar 15 CHF, memang tak ah. Semua just salin baju, cuci muka je. Nanti sampai Lucerne baru mandi (hati-hati tengah mengomel). Selesai Ammar pon bersiap beberapa ketika, we walked to Europcar counter to settle for next car. Menyirap pulak rasanya dengan unfair treatment yang diberikan. We were like the first customer registered there, yet we were last to be served. Katanya system down. Heh??? Inefficient pulak kakak ni. Nak pinjam web pocket je pon. Awat yang complicated nye pon tak tau. Walaupun dah bengang tunggu sampai sejam tapi apa pon tak dapat, Ammar pon tak mampu nak marah. Penat drive pon tak hilang lagi.
So, bermula lah perjalanan sebenar kami yang mengikut schedule asal. Pusing-pusing Switzerland!
Thursday, 18 June 2015
Ramadhan1436, we met again!
Guide me, Allah.