Wednesday, 2 December 2015

Iklan kecantikan

Tak tahu lah ni jatuh tahap mengumpat ke apa, tapi tetap jugak nak meluahkan perasaan.

Recently, slot akasia tv3 akan ditaja oleh sesebuah syarikat produk kecantikan demi melariskan barang diorang. So, setiap kali iklan, mesti keluar muka duta produk dok promote. Aduhai... Ni yang tak syok ni.

Satu, gelak 3 harakat.
Dua, tertonggek-tonggek.

Tak tahu nak cakap apa. Macam... Perlu ke????? Dah tentu-tentu la ramai yang tengok drama tu mak cik mak cik kan. Tak payah lah buat iklan seksi sangat macam nak attract orang lelaki. Eeeee geli laaaa. Seriously tak boleh nak terima.

Iklan tu harganya mahal walaupun airing time dia short. So, hasilkan la iklan yang berpiawaian tinggi sket, yang lebih berilmu. Senang kata, yang lebih sopan dan bertepatan dengan segenap lapisan masyarakat. Kang cakap bertepatan dengan syarak, kata ada je orang india dengan china gak tengok. Kang kata nak bertepatan dengan syarak, sifat hiburan tu sendiri dah salah, so baik tutup je tv, fokus tazkirah maghrib. Whatever it is, the main point is, IKLAN HARUSLAH TIDAK MENYAKITI MATA PENONTON, BAIK SECARA FIZIKAL MAHUPUN TIDAK.

Kalau anda sukakan hiburan pon, biarlah hiburan itu sesuatu yang after-effect dia tak terlampau negatif. Ni kalau dah sampai iklan pon menggeletis, commercial value produk tu pon entah ke mana, imej duta pon ke laut, yang tinggal? Cemuhan je. Hurm..

Just my 2cents. Orang kata nak bersuara guna air liur je, tak yah bayar. So, I pon merepek la sesuka hati. Hihi.

No comments:

Post a Comment