Friday, 19 June 2015

How do I arrive at Mount Fuji?

Mount Fuji. Gunung Fuji. Epal Fuji? Ada kaitan tak? Hurmmm...

From Takayama Station, we wanted to go to Mount Fuji. Dah google direction dah. Google kata nanti ada interchange for a minute. We were like, 
"Ehhhh, logik ke?"
So, berbekalkan uncertainty tersebut, kami singgah di Nagoya Station dan bertanya di kaunter pertanyaan JR dan mendapat route baru iaitu ke Gontemba Station. Route dia memang tak de lah interchange satu minit tu. Tapi, memang kampung habis la. Entah celah mana la kitorang sampai. Dari nampak Mount Fuji tu dalam bullet train, sampai hilang Mount Fuji tu dari pandangan.  Dalam kepala...
"Asal macam familiar eh Gontemba ni?. Ada apa eh?"
Rupa-rupanya ada Gontemba shopping outlet. Free shuttle lagi dari Gontemba Station. Tapi, sebab takut lewat pula sampai Mount Fuji, kami tidak tunduk kepada nafsu membeli-belah tersebut. Dari Gontemba station, we boarded a bus (1410 yen) to Mount Fuji. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Again, pon tak tahu lalu mana. Nampak pekan, nampak kilang kuning, nampak tasik, nampak pine trees forest. Dalam hati memang berdoa lah betul destinasi bas ni. (Nampak sangat tak yakin cakap mak cik tiket bas tu berbahasa inggeris. LOL). Lama kot dari Takayama nak sampai Fujisan. Dari pukul 7 pagi kitorang keluar dari Ryokan Murayama di Takayama, pukul 4 petang baru sampai Fujisan.


Sesampainya di Fujisan Station, kitorang pon berbondong-bondong lah tarik bag, berjalan sejauh hampir 1 km ke Maisan Cafe and Lodge. We were greeted by the humble owner before she left for personal matters. Keadaan bilik? Awesome. What a tidy and cosy space she has. Selesai solat jama', we walked back to see Mount Fuji to our very own eyes. Memang jelas dan nyata lah gunung yang selalu disebut-sebutkan tu di depan mata. We stood by the viewing point at 5th floor of a building. Kalau ada pasangan, memang nampak romantik la tempat tu untuk minum petang sambil menikmati pandangan Mount Fuji. Dari situ pon boleh nampak amusemant park Fuji-Q Highland.


Apa nak buat pon tak tau. We went down to the 3rd floor just to buy snacks to eat while looking at Mount Fuji. Nak buat benda lain pon tak boleh, sebab pekan Jepun ni mati awal. Pukul 6 dah tutup semua benda. So, kitorang pon melepak je lah situ, konon nak tengok sunset. Rupa-rupanya sunset belah lain. Nampak oren je lah. Balik je lah Maisan Cafe. Tengok Kill Me Heal Me lagi bagus. Haha.

No comments:

Post a Comment