Saturday, 20 June 2015

Shibasakura Festival

Kalau dah namanya perempuan, perempuan jugak lah kan. Wanita dan bunga berpisah tiada. The next taman bunga yang kitorang pergi selepas Kawachi Fuji Garden is Shibasakura Festival. Warna bunga kali ini ialah merah jambu. Kalau dilihat secara dekat, bunga ini macam bunga yang tumbuh dekat longkang je. Hahaha. Moss Phlox? Tak ingat nama species dia. Tapi, memang bunga ni biasa dilihat la. Shibasakura ini memang ditanam dengan sengaja di kawasan yang sama, berlatar belakangkan Gunung Fuji pada setiap tahun. Jutaan pengunjung akan datang ke festival ini untuk bergambar dan juga menikmati pemandangan yang Subhanallah, indahnya... Harga? Sebab kan kami beli pakej dari Kawaguchiko station, kami bayar 1000 yen kalau tak silap. And, that includes a return shuttle bus fare. Jauh jugak lah perjalanan ke situ. Hampir sejam rasanya sebab sempat lagi tertidur. Haha.


Sesampainya kami di sana, amaze jugak lah tengok ramai sangat pengunjung. Tapi agak hampa sebab puncak Gunung Fuji dilitupi awan. Cuaca agak mendung dan tidak panas sangat. Kami berjalan mengelilingi kawasan tersebut dan mengambil ratusan gambar untuk dibuat kenangan. Pada mulanya, memang sanggup nak tunggu lama-lama sampai awan beredar, tapi sebab lama sangat, macam tiada gaya pon awan tersebut nak berlalu, kami pon give up.


We left the festival and walked to Kawacguchiko Lake. Actually ada banyak tasik tasik besar yang boleh anda lawati di sekitar Gunung Fuji. Tetapi, sebab waktu lawatan kami di Gunung Fuji hanyalah satu hari, kami hanya sempat melawat Tasik Kawaguchi sahaja.


Cubaan untuk melihat Gunung Fuji di view point yang paling indah gagal sebab masih dilitupi awan. Sudah separuh circumference tasik sudah kami lewati, tetap juga lah gagal. Siap panjat bukit yang ada tokong orang mati kot, konon-konon nak dapat pemandangan yang sering dilihat di kaca skrin komputer kami menerusi jalur lebar internet.


Akhirnya, kami pon beredar dan beransur pulang dari tasik tersebut dengan menaiki bas. Sebab memang dah tak larat nak jalan kaki. Rasanya, waktu riadah dekat UTP yang selama dua sem tu (duduk dalam bilik je) dah macam sama dengan jumlah riadah (berjalan) 10 hari di Jepun. Jauhhhhhh... Seperti yang dikatakan dalam entri sebelum ini, pekan di Jepun memang tutup awal kan? So, kami pulang ke Maisan Cafe and Lodge, solat, masak mi segera, and sambung tengok Kill Me Heal Me. Apa yang lagi mengejutkan, kami dapat seorang roommate baru, lelaki yang tak friendly langsung. Better tak yah ada kat situ je. Semalam tidur tak de nak tarik tirai. Hari ni tidur, kena tarik tirai and pakai tudung. Lena ke tak? Who cares? Dah penat seharian berjalan, memang tidur mati la. Hahaha.

No comments:

Post a Comment