Monday 4 February 2013

Yusuf yang sabar

Ketika menunggu waktu untuk bergerak ke dewan peperiksaan, *kononnya sudah membuat persediaan rapi untuk subjek tersebut*, aku pasangkan surah yang beserta tafsir ini di laman media Youtube. Tujuanku hanya untuk mendengar, tetapi apabila terbaca tafsir tersebut, mataku hanya tertumpu di skrin komputer ribaku dan meletakkan kertas ulangkaji di tepiku. Surah ini diturunkan dengan gaya yang mudah difahami *tepat pada zat Al-Quran yang memahami dan memahamkan* iaitu seperti sebuah penceritaan yang santai. Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahawa segolongan orang Yahudi masuk agama Islam sesudah mereka mendengar cerita Yusuf AS ini kerana sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Aku pernah menulis entri tentang bagaimana kosa kata membentuk pengetahuan seseorang. Yet, for this one, I could still understand much from the tafseer I read. Alhamdulillah Allah gave me the knowledge to support my learning at that time.

From the starting of 1st academic term of 2012/2013 year, Happy Circle Newcastle mula mengupas kandungan surah Yusuf. Surah Yusuf merupakan surah ke-12 dalam susunan surah Al Quran resam uthmani yang terdiri daripada 111 ayat yang berkisarkan tentang riwayat hidup Nabi Yusuf AS dan pengajaran/iktibar dari kisah tersebut merangkumi tema kekeluargaan dan kesabaran. Surah ini diturunkan di Mekah sebelum hijrah kepada Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang bersedih di atas kewafatan isterinya, Siti Khadijah. Tidak cukup dengan itu, kaum baginda Rasulullah SAW tidak mahu beriman sebagaimana baginda menginginkannya. Justeru, Allah memujuk dan membantu baginda seraya berkata:
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adala termasuk orang-orang belum mengetahui [3:12]

Sinopsis:
Allah menguji Nabi Ya'qub AS dengan kehilangan puteranya Yusuf AS dan penglihatannya, dan menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf AS dengan dipisahkan dari ibu bapanya, dibuang ke dalam perigi, dan diperdagangkan ketika umurnya masih kecil. Kemudian, Allah menguji imannya dengan godaan wanita cantik lagi bangsawan dan akhirnya dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian Allah melepaskan Yusuf AS dan ayahnya dari segala penderitaan dan cubaau itu; menghimpunkan mereka kembali; mengembalikan penglihatan Ya'qub AS dan menghidupkan lagi cinta kasih antara mereka dengan Yusuf AS.


Surah Yusuf ini dimulakan dengan mimpi Yusuf AS itu sendiri.
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan; ku lihat semuanya sujud kepadaku"[4:12]
Bapa Yusuf AS ialah Nabi Ya'qub putera kepada Nabi Ishak AS dan cucu kepada Nabi Ibrahim AS. Ya'qub melarang Yusuf AS daripada menceritakan mimpi tersebut kepada saudara-maranya kerana khuatirkan keselamatan Yusuf AS sendiri.

Disebabkan cintanya Ya'qub kepada anak kepada isteri keduanya, Yusuf dan Bunyamin, anak-anaknya dengan isteri pertama berasa iri hati dan had a plot to remove Yusuf from the family.
Seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dalam perigi supaya dia dipungut oleh beberapa musafir, sekiranya kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu"[10:12]
Saudara-saudara tiri Yusuf pulang dan membawa perkhabaran sedih itu kepada Ya'qub sambil memberi baju Yusuf yang berlumuran darah, kononnya di makan dek serigala ketika asyik bermain-main. Walaupun sedemikian, Ya'qub redha dan tetap menunggu kepulangan anaknya itu saban hari sehingga matanya putih i.e. buta.

Yusuf di ambil dari perigi oleh sekelompok musafir dan dijual kepada Al-Aziz di Mesir. Kita dapat lihat bagaimana sejak dahulu lagi, Allah telah mengajar manusia untuk memungut anak temuan dan tidak membiarkannya begitu sahaja. Jika kita lihat peristiwa ini dalam konteks moden, seharusnya kerajaan sesebuah negara menyokong kebajikan untuk memelihara anak pungut yang saban hari meningkat jumlahnya dek masalah dan kes pembuangan bayi. 

Yusuf dibesarkan dengan baik oleh keluarga tersebut sehinggala dewasa. Yusuf mempunyai raut wajah yang sangat kacak, dan Zulaikha, yakni isteri kepada Al-Aziz tergoda dengan kekacakan baginda Yusuf. Lalu, digodanya Yusuf walaupun Yusuf menolak kerana takutkan Allah. Wanita tersebut menarik baju gamis Yusuf dari belakang sehingga koyak. Zulaikha menuduh Yusuf ingin menggodanya apabila kejadian tersebut sampai ke pengetahuan suaminya Al-Aziz.
Dan jika baju gamisnya koyak di belakang. maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar [27:12]
Yusuf dipenjarakan untuk menutup aib Zulaikha walhal Al-Aziz mengetahui kebenarannya. Namun, itu adalah sebaik-baiknya demi merahsiakan peristiwa tersebut. Jatuh hukum harus untuk merahsiakan sesuatu untuk menghindari fitnah. Zulaikha kemudiannya dicerca oleh wanita-wanita di kota. Lalu, dia menjemput wanita-wanita tersebut ke sebuah jamuan dan diberikan pisau setiap seorang untuk mempertahankan kebenaran mengapa dia boleh tergoda dengan anak bujangnya sendiri. Terluka jari mereka tatkala melihat keelokan wajah Yusuf, seraya berkata:
Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia [31:12]
Ketika Yusuf di penjara, baginda berdakwah kepada dua pemuda sebelum mentafsirkan mimpi mereka. Salah seorang dari mereka akan memberikan minuman kepada tuannya dan Yusuf berpesan supaya dia menceritakan tentang keadaannya kepada tuan tersebut. Namun, syaitan telah membuatkan pemuda tersebut lupa dan Yusuf meneruskan kehidupannya di penjara dengan lamanya sampailah baginda mentafsir tentang mimpi raja. Yusuf dibebaskan selepas ternyata kebenaran tentang peristiwa aib di antara baginda dan Zulaikha. 

Yusuf diangkat menjadi pengurus pembendaharan hasil negara dan baginda menjalankan tugasnya dengan cemerlang sehingga Mesir yang ketika itu kemarau selama 7 tahun tidak langsung terjejas dek banyaknya sumber makanan yang disimpan oleh Yusuf ketika 7 tahun Mesir subur sebelum datangnya musim kemarau itu. Negara Mesir mampu untuk membantu negara-negara sekelilingnya yang terjejas akibat kemarau. Saudara-saudara tirinya berdagang dari Palestin ke Mesir untuk menjalankan sistem barter i.e. pertukaran barang. Apabila dilihat oleh Yusuf akan kehadiran abang-abangnya yang tidak mengenalinya, Yusuf berkata,
Bawalah kepadaku saudaramu yang seayah dengan kamu (Bunyamin), tidakkah kamu melihat bahawa aku menyempurnakan sukata dan aku adalah sebaik-baik penerima tetamu? [59:12]
Saudara-saudaranya itu perlu memujuk Ya'qub supaya mengizinkan Bunyamin untuk pergi bersama dengan mereka ke Mesir setelah Ya'qub hilang kepercayaan kepada mereka selepas pemergian Yusuf suatu masa dahulu. Mereka berjanji akan pulang bersama-sama Bunyamin selepas mendapatkan bahagian sukatan Bunyamin. Namun, Yusuf telah mengadakan satu plot untuk menetapkan Bunyamin bersama dengannya iaitu dengan menampakkan Bunyamin sebagai seorang pencuri. Dengan itu, pencuri tersebut akan dijadikan sebagai hamba tebusan apabila disabit kesalahan. Namun, adalah wajib bagi kita sebagai seorang yang rasional untuk mengambil secara teliti akan pengajaran tindakan Yusuf ini. Dalam konteks ini, kita dibolehkan untuk melakukan helah yang tidak merugikan orang lain untuk memperoleh sesuatu kemaslahatan. Walaubagaimanpun, Islam tetap melarang sebarang bentuk penipuan yang memberi kerugian kepada pihak lain. Bak kata pepatah Melayu,
Siakap senohong, gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama mencuri
Jika kita sudah biasa berbohong, tendency for that bad habit to influence us to do another bad habit is high. Therefore, it is strictly forbidden for us to tell a lie.

Mereka yang lain pulang dengan rasa gelisah kerana telah mengingkari janjinya kepada Ya'qub. Setelah Ya'qub mendengar berita tersebut, baginda berkata,
Aku akan memohonkan keampunan bagimu kepada tuhanku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [98:12]
Dengan itu, berjayalah rancangan Yusuf untuk bertemu dengan ahli keluarganya setelah sekian lama terpisah. Ya'qub dan Bunyamin telah dipertemukan Allah dengan Yusuf di kediaman Yusuf. Disebabkan Ya'qub buta dan tidak dapat melihat Yusuf, Yusuf memberikan bajunya kepada Ya'qub lalu diletakkanya di atas muka. Dengan kuasa Allah, penglihatan Ya'qub pulih seperti sedia kala. Here, we could see the use of garment in various ways dijelaskan dalam surah ini.
  1. Baju Yusuf berlumuran darah dibaham serigala
  2. Baju Yusuf ditarik ketika digoda Zulaikha
  3. Baju Yusuf sebagai tanda pengenalan kepada ayahnya, Ya'qub

Yusuf menceritakan kepada ayahnya akan perjalanan hidupnya tetapi baginda tetap menutup aib abang-abangnya demi menjaga perasaan Ya'qub. Abang-abangnya semua bertaubat dan sujud hormat kepadanya dan benarlah mimpi Yusuf di mana sebelas bintang (abang-abang dan adik), matahari (Ya'qub) dan bulan (saudara perempuan ibunya) akan tunduk kepadanya. Yusuf AS pon berdoa,
Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi. (Ya Tuhan), Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh [101:12]
Sekianlah cerita Yusuf yang disampaikan di dalam Al-Quran. Cerita ini diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW selepas beratus tahun kewafatan Yusuf. Tiada manusia yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad yang tahu akan segala butiran peristiwa termasuklah plot untuk membunuh Yusuf, melainkan Allah. Surah ini diturunkan sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kerasulan dan tugas Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan agama yang sebenar. 
Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik" [108:12]
Ternyata Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. 
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman [111:12]
Perbezaan antara kisah Nabi Yusuf dan nabi-nabi yang lain ialah kisah Nabi Yusuf dikhususkan dalam sebuah surah manakala kisah nabi-nabi yang lain diceritakan dalam beberapa surah yang berlainan. Dalam kisah nabi-nabi yang lain, Allah menitik beratkan kepada pelbagai tentangan dari kaum mereka, kemudian mengakhiri kisah itu dengan kemusnahan para penentang para nabi itu. Berlainan dengan Nabi Yusuf, Allah SWT menonjolkan akibat yang baik daripada kesabaran, dan bahawa kesenangan itu datangnya sesudah penderitaan. 

Bersabar adalah kunci utama kepada sebuah kejayaan. Jika kita bersabar, sudah pasti Allah akan membantu kita untuk memperoleh hasil kejayaan yang baik. 

Tafsir penuh surah ini boleh dibaca di TheNobleQuran/surah12.



No comments:

Post a Comment