Wednesday, 12 August 2015

Kau yang kahwin, Aku yang VIP

Cuba korang bayangkan betapa YB nye korang kalau dah kena attend banyak majlis dalam satu hari. Mana nak kejar masa nya, mana nak kejar peta nya, mana nak kejar kepochi nya, bergambar la, makan la etc.

Suppose aku tak dapat pon nak attend semua majlis. Tapi dah rezeki, kawan nak tolong bawak kan, lets lah!

Tunggu punya tunggu, konon nak gerak pukul 11, tapi pukul 12 baru gerak dr KL Sentral atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Sampai batang kali je dah pukul 1. Tp surprise gila pengantin dah hilang hantar hadiah balik rumah. Pengantin dah siap makan kot. Hebat-hebat. Usai makan, kitorang pon bergambar macam biasa. Geng drama, dah kahwin tu, senonoh senonoh sikit. Jangan tengok drama banyak sangat sampai lupa lauk dalam periuk tengah atas stove, eh? Hahaha.





Journey to the second destination agak mencabar. Nak sangat ikut cakap waze. Ha sampai bercalar bumper bawah kereta. Waze bagi jalan estet. Jalan halus gila. Bengkang bengkok. Dok berzikir je semoga selamat je. In a meantime, kawan-kawan lain dah tunggu sekian lama  aku nak datang. Pengantin pon dah tak tahu nak buat apa. I was so VIP. Aku sampai je, terus semua habiskan sesi bergambar and chow.



And aku? Teruskan perjalanan ke third wedding of the day. Sampai kem wardieburn dah pukul 5.30 petang. Abang askar pon kata dah habis majlis, tapi kitorang insist gak nak masuk. Just sempat ambil gambar dengan pengantin dan dayang-dayangnya. Sempat jugak KLMJ and menjejak kasih.



Pukul 6.30 kitorang terus gerak ke kem sungai besi untuk our last majlis iaitu open house rumah panglima medan barat. Makan kambing sedappp. Tak sangka terjumpa iman kat situ. What a small world betul.

Sampai je rumah atikah, sambung pulak chit chat sampai ke pagi dengan Atikah dan Aqiedah. Lepas tu, pengsan tidur tak sedar apa. Penat habis dah.


Pengajarannya, jangan nak paksa diri sangat ke sana ke sini. Tak naik pangkat lagi, tak nak attend semua. Pergi mana mampu je. Nanti dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Rancang perjalanan anda.

Untuk shikin, thanks for the day. Next time boleh repeat lagi kegilaan kita. Hihi

Saturday, 1 August 2015

Carrot cake dan pizzaraya kami di Seri Iskandar

Kalau dah namanya raya, tak sah kalau tak de rumah terbuka kan? Setiap minggu, memang penuh je dengan undangan rumah terbuka mahupun majlis perkahwinan. Kelas kitorang pon tak nak kalah hokay? We all pon ada makan-makan raya jugak.


Untuk pertama kali, tembok kemalasan aku untuk baking terrrpecah... Haha. I did a promise long time ago to bake carrot cake for my girlfriends, tapi asyik je postpone. Since dah ada good cause ni, buat je la. Oven, mixer, scale sume dah ada. So tinggal beli barang je la dekat tesco.

Resepi apa eh yang berjaya sangat tu? Resepi google la. From allgoodrecipe website. Simple je resepi nye. Kena pandai adjust la kandungan gula tu. Kalau tak, memang kencing manis la.

Sambutan memberangsangkan dari rakan sekelas cukup membuatkan hatiku lega dan terhibur. Ternyata my second attempt on this  have succeeded. InshaAllah, nila mood rajin tu datang lagi sekali, boleh je buat cake lain, sebab gula,  minyak memang ada lagi. Hehe.


berjaya buat chicken pie yang memang delicious sampai menjilat jari, while saidah buat kuih raya cornflake madu yang crunchy. Shima sangat berjaya menjadi 'chicken' helper yang tangkas melakukan tugas. Hahaha. Best sebenarnya nak masak nak baking ni. Rajin tak rajin je masalahnya. Haha.


Buat rakan-rakan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Kalau terkurang terlebih tu, mintak halal la ye.