Wednesday, 18 May 2016

Plastik

Sebesar besar industri pembedahan plastik di Korea Selatan, at least jarang drama mereka cerita pasal wanita bertukar wajah. Cerita bertukar wajah ini lebih sinonim dengan drama Filipino seperti yang sedang ditayangkan di Tv3 sekarang. Ini bukanlah kali pertama cerita yang melibatkan wanita bertukar wajah menerusi pembedahan plastik yang pertama ditayangkan di Tv3, sudah ada satu yang mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama pernah ditayangkan. Apa yang sama? Merebut cinta seorang lelaki/perempuan. LOL.

And that becomes another wonder on me. If you guys watch drama pukul 7 yang sedang hangat ditayangkan dalam bulan Ramadhan kali ini, anda boleh lihat dari episode 1 sampailah sekarang, the hero macam meroyan cinta heroin. The same script is repeated every single episode.

"Mama tau kan macam mana Ian sayang kat Mia"

"Kau tau kan betapa aku sayang dekat Mia tu."

And the expression of his memang sama. Berkerut. Mengamuk. Meroyan sebab heroin reject cinta dia. Macam tak de benda lain la nak difikir. Rimas gila tengok weh. Dah la dengan rambut karat lagi. Tak kacak pon lelaki or perempuan rambut karat macam tu la.

Recently, I read on a post on Facebook and agreed on individu itu menegur pasal konsep drama melayu yang ditayangkan di televisyen tempatan, tentang cinta hero heroin yang muda (konon-konon baru balik oversea, terus pakai kereta mewah pergi kerja sebab mak bapak kaya berair). Macam... Semua budak oversea kaya ke weh? Mana ada. Come on la producers. Buat cerita rakyat marhaen yang hidup sederhana secara realistik boleh tak? Ceritalah pasal bagaimana pemuda-pemudi Malaysia ni struggle baru nak start hidup dewasa, nak kahwin, nak beranak, nak jaga anak etc. You know, when you portray these scenarios and add as well some tips on how we, as the nation can actually improve our wellbeings based on those advices/tips/examples shown on tv. Baru lah macam berguna sikit drama tu, konon-konon macam menambah nilai yang positif which may affect the citizen. Negara maju, pemikiran updated, bertambah makmur la Malaysia. Tak nak gitu?

Hurm... Despite my rant, aku tetap jugak lah yang tercongok depan tv tu ha, menengok yang entah apa-apa tu. Lepas tu mengomel sendiri.

Teringat zaman kegemilangan cerita Rashid Sibir yang seringkali memaparkan kisah kehidupan family miskin di kampung, kisah anak tanggang dan sebagainya. Cerita lagenda Tan Sri P Ramlee pon sangat banyak menyelitkan unsur sindiran kepada yang hanya memandang darjat, memaparkan nasihat serta pengajaran yang baik dalam setiap karyanya. Tidakkah beliau meninggalkan banyak contoh tentang karya yang ringkas tapi padat dengan pengajaran? Kenapa pengkarya masa kini tidak menggunakan konsep yang sama?

Jadi, jangan salahkan penonton lebih gemar menonton korean drama dari malay drama sendiri. At least, some of the dramas ada idea yang realistik seperti Pinocchio (realiti khabar berita yang sebenarnya ditokok tambah), City Hunter (rasuah dan politik) etc. Yang fantasi sangat tu tak payah la cerita. Ambil yang matang je.

Kepada stesen televisyen, amatlah wajar jika anda demand cerita yang lebih bermanfaat kepada producers. Jangan sebab nak popular je, tangkap muat cerita novel melayu yang penuh fantasi cinta tu jadi drama. Rimas aihhh... Macam tak da keja lain. Dok cinta orang kaya, nanti ada bimbo dan dumbo dengki mendengki, lepas tu akhirnya kahwin. Plus, buang-buang lah cerita hero rogol heroin, jadi baik, lepas tu kahwin dengan heroin. Duhhhh...

Tolong eh? Saya sayang Malaysia, kenapa tidak anda?

No comments:

Post a Comment