Monday, 2 December 2013

Pisa

Andai di Malaysia, kita ada Menara Condong Teluk Intan, di Itali, kita ada The Leaning Tower Pisa. Ironically, I've been to Pisa which is thousands kilometers far away from my hometown, instead of the one in Perak. Orang kata, jauh perjalanan luas pengetahuan, kan? Mengharap aku yang tak berapa nak tahu asal usul menara condong ni, peribahasa tu agak tak boleh guna kat aku la. Apa yang aku tahu, Pisa Leaning Tower ni pernah menjadi salah satu of seven wonders in the world. Kononnya, walaupun struktur bangunan ni dah lama, keunikannya i.e. kecondongannya tetap utuh dan tak pulak nak roboh saban tahun. Tunggu lah sampai saat nya nanti. Bila dah tersungkur ke bumi, baru la ada orang sibuk nak kaji kenapa, kan...? 



Ada spekulasi yang aku dengar suatu masa di bangku sekolah dulu. Menara condong ini sebenarnya tidak dibina condong. Tapi sebab keadaan tanah di kawasan bangunan itu didirikan, menara ini menyondong sedikit demi sedikit. Hakikat disebalik spekulasi tersebut hanya Yang Maha Mengetahui Allah dan para pengkaji struktur, i.e. arkitek, geologist, peminat/pencinta dan inquirer etc. sahaja yang tau kot. 



Nak dijadikan cerita, pengalaman kitorang menjejakkan kaki di Pisa ini adalah sangat sedikit. Boleh dikatakan, kurang daripada satu jam. Tengok kawasan leaning tower tu pon tak sampai 15 minit. Sebab?
  1. Flight yang bawa bagasi kitorang yang dihilangkan syarikat penerbangan rasmi Itali, Alitalia tu delay selama 20 minit. Suppose sampai pukul 1020 pagi. Tapi, tengok-tengok dekat pukul 11 jugak la baru flight tu landing. Dengan nak check ada masalah ke tidak dengan bag (which memang ada di pihak Ammar. Toiletries dia abes semua tumpah and pecah), tunggu bas shuttle airport-city kat Florence etc. Semuanya took time. 
  2. Dah la lambat bertolak dari Florence, bas tak de plak on the spot depan Pisa Central, so kitorang terpaksa berjalan mengikut naluri masing-masing ke Pisa Tower tu. Perjalanan dengan 'bas no. 11' ni mengambil masa kira-kira setengah jam di bawah sinaran matahari yang hening. 
  3. Terpaksa berkejar ke airport for the next flight to Paris. Dah la tertinggal bag, baru dapat, tak kan nak tertinggal flight pulak kan? So, kitorang pon sekejapan je la kat sini.




Selesai bergambar, kitorang naik je teksi yang memang parking sebelah leaning tower tu and head to the airport. Hanya Tuhan je yang tau betapa kitorang lega dapat bag. Sinar kegembiraan terpancar di muka masing-masing. Semua excited untuk ke Disneyland, nak main hotel pe benda ntah. Tuptup tengok notice board, FLIGHT CANCELLED. Bila tanya kat kaunter pertanyaan, there will be no flight to France for 3 days. Muka berubah. Kita merancang, Allah menentukan, kan?




We tried to find other alternative, i.e. by train. Masa tu, semua tak fikir berapa kena spend more. Nak guna internet pon berbayar. 5 euro for half an hour and kena register guna passport. Macam haram je leceh dia. Memang time tu, segala segi dan elemen emosi teruji la. Tiket train ada, bila nak beli TAK BOLEH BELI. Macam dush!!!! Apparently, tiket habis ke system down, tak ingat. Tapi, memang tak boleh nak proceed checkout la. 

Tak kan nak tersadai 3 hari macam orang bodoh plak kat Pisa tu. So, akhirnya aku pon cakap
Ammar, ada satu je lagi jalan. Itu pon kalau kau mampu la
Apa dia?
You HAVE to drive.
So, aku, Atikah and Ammar pon g kat car hire offices untuk cari kereta sewa. Semua companies tak bagi hire car melepasi sempadan. Kalau boleh pon, ridiculous gila price dia, sampai mencecah ribuan euro kot. Survey punya survey, dalam kelam kelibut tu, Avis berjaya mencari penyelesaian kepada masalah kitorang. Bagaimana? Ni apa yang minah kaunter Avis tu cakap
Drive ke Turin, beli tiket train ke Paris from Turin. Train ke Paris dijangka berlepas pada pukul 11 malam. Letak kunci kat post box office Avis berhampiran station keretapi Turin.
Phewwww. At least macam she gave us a new hope la. Kitorang diberi wifi pocket percuma, so kira boleh tengok jugak la train tiket macam mana kan... Kereta apa kitorang dapat? Black Fiat Punto.

Perjalanan ke Turin mengambil masa 5 jam bak kata mek Garmin. Scenery sepanjang perjalanan tu memang Subhanallah.... cantiknya. Dalam hati, though ada halangan, Allah bagi lebih peluang untuk tengok keindahan alam ciptaan Dia kan? Sempat jugak lah kitorang singgah tukar baju, makan and berehat sebentar bersama coklat Itali kat salah satu hentian rehat dan rawat.

Bila sampai kat Turin, kitorang terus pergi train station. Malangnya, kaunter tiket dah tutup. Bila kitorang tengok kat automatic ticket machine tu, tak de pon option untuk beli cross-border tiket. So, hampa sekejap. Apa yang kitorang lagi pelik, train yang berlepas pukul 11 malam tu tak de pon. Bila check notice board, train ke Paris adalah pada pukul 7.35 pagi on the next day. Kitorang sumpah tak tau nak fikir macam mana.

Semua buntu. Harapan berkecai ala-ala Pelamin Anganku Musnah punya lagu. Untuk tenangkan fikiran, kitorang cari masjid, hopefully boleh la stay kat situ sementara tunggu pagi. Ammar jumpa dengan Pak Imam masjid Turin tu, tapi pak imam kata masjid di kunci and memang lelaki je yang boleh masuk. Kalau tahap kekecewaan itu boleh diukur, walaupun dengar cerita kebab untuk hilangkan lapar pon belum tentu dapat naikkan tahap kegembiraan walaupun sedikit. So, memang super kecewa la. Lagi sekali, aku pon bersuara.
Korang, kita semua sedia maklum France tengah strike. Air traffic controller tak nak kerja,so flight tak boleh masuk France. SCNF train pon menggedik jugak join. So, though memang kebiasaannya ada train ke France setiap pagi, belum tentu lagi train tu ada esok. Kita tak tahu apa lagi yang akan jadi. So, aku suggest, kita batalkan je percutian ke Paris, and move to Como. Ammar pon memang nak g Como kan before ni?
Satu kereta sepi buat beberapa saat sebelum semua memberikah feedback. Aqiedah memang tak de perasaan pon kat Paris, Atikah la paling sedih sebab tak dapat nak pergi Disneyland. Ammar memang neutral je la sebab dia dah pernah sampai pon semua tempat tu. Aku? Gambaran istana Disneyland and Minnie mouse tu tetiba macam mengecil ke nanometer scale. Haaaa exaggerating tak? Over tau!

Untuk ke Como, perjalanan akan mengambil masa selama 5 jam lagi kot kalau tak silap. Bayangkan betapa lama lagi Ammar kena drive. Tempat aku dan Aqiedah bertukar. Now, Aqiedah jadi co-pilot. Aku, duduk belakang tidur. Hehe. Entah apa diorang borak kat depan, aku ngan Atikah tak kesah dah. Penat memikirkan hal dari siang tadi dah cukup memeningkan. Pukul 3 pagi rasanya kot time tu, Ammar berhenti di sebuah RnR. Sempat jugak lah aku test drive kat situ. First time bawak left hand side car, kan... Masuk gear pon tak lepas. Memang fail habis driving skill aku. Duhhh..

Sampai di Como, Ammar tidur tak ingat dunia. Kitorang keluar kereta, duduk ambil gambar tepi tasik, tunggu matahari terbit. Nak naik bot, macam mahal je. So, yang mampu adalah tidur dekat boat station. Nasib baik tak kena halau dengan pak cik kaunter tiket je. Macam-macam style kot semasing tidur. Dari terduduk sampai terbaring. Muka memang tebal je la. 

What happenend in Como? Baca next post lah ye.

No comments:

Post a Comment