![]() |
Here we are. Gorgeous and hiruk pikuk. |
Persahabatan kami *please bear with my words. this would sometimes change to 'kitorang' later* terjalin sejak 10 tahun lepas. What year was that? 2003 lah kan... That means masa tu kitorang baru je menjejaki alam persekolahan menengah di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Muka masing-masing ketika itu memang selebet and 'busyuk' ah, terutama sekali aku yang ketika itu hanya berumur 12 tahun. Ida and Syikin ni first intake, and the rest of us, i.e. Amie and Me'e adalah second intake. Dulu, first and second intake batch ni pernah jugak lah ada war berebut kakak angkat. Bila fikir kembali, macam lawak pon ada. Nonsense reason betul kan? But, that happened long time ago. Zaman budak-budak remaja baru nak up.
What make us bonded? BAND. With Guts, There's Glory. Haaa macam-macam kisah and perangai surface bila the place is heated up with tension and stress kan? Matlamat band ni satu je dulu, i.e win the first place in the national wind orchestra competition. So, beria-ia lah semua orang, baik senior and junior berlatih siang malam setiap hari to get the perfection in performing nanti. Dan... semangat juang yang tinggi itu dikongsi bersama dalam kalangan ahli pancaragam tersebut. Pernah suatu ketika dahulu, kitorang duduk dalam satu bulatan, and I was the one who asked them sambil menuding jari kepada setiap orang dalam bulatan gembira tu "muka ni nak masuk wind orc?"
Selepas penat dan tawa bersama-sama selama 5 tahun, kami graduate dari sekolah dengan pengalaman yang sama. Waktu dalam band la aku belajar break rules sekolah. Sebagai seorang yang skema masa kat sekolah dulu, bila first time nak buat salah tu la nak hampir kantoi. Masa tu baru je appointed sebagai pengawas, kalo kantoi, habis lah reputasi aku kan? Kononnya... Nak tahu apa kesalahan yang aku try nak buat tu? Haa, not a big one pon - menyorok kat dalam band room waktu kuliah maghrib. Masa tu semua senyap, lampu dalam band room pon off, perhatian tertumpu kepada ketukan main door bilik berhawa dingin tersebut. Of course lah aku yang paling cuak dalam bilik tu, sebab first time kan? Rupa-rupanya Ida yang ketuk. Lega bercampur tangisan lah aku... Pheww *chembeng sket lah tak leh nak wat apa*
Dah 10 tahun kenal, tiba-tiba aku dikejutkan dengan mesej LINE dari Me'e bertanyakan bila aku akan kembali bercuti di tanah air. Reaksi kepada soalan tersebut "Asal? Ko nak kahwin ek?" And the answer was yes. Me'e nak kahwin!!! OMG. Siapa sangka dalam circle yang gorgeous ni, Me'e yang pertama akan berkahwin. Haa semua orang excited. Amie yang belajar dekat Jepun pon sanggup balik demi perkahwinan kawan tercinta ni ha.



Akad nikah sepatutnya start pukul 1030 pagi. Tok kadi dah sampai, photographer pula tak sampai-sampai. Sesat katanya... Panjang tazkirah Tok kadi before akad tu. Peringatan disampaikan dengan teliti, siap dengan contoh. Senang cakap, kalau tak faham jugak, tak tahu lah nak cakap apa. Me'e dinikahkan oleh ayahandanya sendiri, Pak Cik Tahir *tak perlu lah aku nak mention nama penuh pakcik ni ye*. Masa ayah Me'e nak lafaz akad tu, hati aku tersentuh sikit la, nampak renungan ayahnya ke Me'e. Mana tak nya, first girl in the family is getting married kan. Dengan sekali lafaz, sah lah kawan kami, Me'e menjadi isteri kepada Hakim yang merupakan classmate Me'e jugak.
Heboh lah satu majlis tu dengan hiruk pikuk dari all the girl friends dari SSP dulu. Biasalah bila dah lama tak jumpa, banyak la cerita keluar dari setiap mulut Pioneers yang datang kan. Yang nak keje la, nak kahwin la, nak beranak la, macam-macam. Yang paling aku amaze, our batch leader, Sheque is now taking Master in Forensic. Gila gempak!!! Dropped jaw kejap la aku masa dengar. Haha.Gambar jangan cakap la, beribu agak nya diorang ambil. Aku ada jugak lah miss ambil gambar ramai-ramai sebab menjemput 'VVIP' Mami dekat marhalah dia kat UIA tu. Haha.
Sampai petang jugak lah, we the dayangs stayed dalam majlis walimah Sameerahakim tu. Masing-masing dah penat bergelak ketawa, pengantin pon penat melayan tetamu, maid of honour pon dah habis cantik dah, kitorang pon wrap up dengan final photography session. Door gifts yang tak habis tu kitorang bawak balik sikit, buat bekal makan dalam kereta. Hikhik. Kecomelan aku memakai gown bridesmaid macam gown flowergirl yang kanak-kanak tu pon berakhir.
Buat Me'e and suami, aku doakan yang terbaik untuk korang, semoga korang berdua bahagia hingga ke syurga, murah rezeki dapat zuriat dan keturunan yang bermanfaat kepada ummah, dapat jadi doktor haiwan yang penyayang dan berdedikasi dan terutamanya dirahmati dan diberkati Allah swt... Amin...
No comments:
Post a Comment