Thursday, 19 September 2013

Jejak mula kami di Switzerland dan Italy

Diriku pernah mengembara
Jauh ke eropah benua yang indah
Melihat panorama dunia
Ciptaan Yang Maha Esa

Bukan kembara jika tidak berduri
Jalan dilalui penuh ranjau tiada bertepi
Senang dan duka sabar dikongsi
Dengan sahabat kami tempuhi

Rome
How to even start writing this travelog? Aku bukan insan yang leka menulis. Setiap moment yang terjelma di kotak fikiran bukan tentu boleh disampaikan dengan jelas dan menarik di ruang karya ini. Sudah banyak tempat aku lawati, namun yang kali ini padat dengan cerita pahit dukanya bersama sahabat sejati menjadi teman setia in sailing through the adventurous vacation. Who knows 10 days have bonded us enough with surfacement of various characters and personalities, and also problem solving skills.

Venice. Oppppsss tak perasan mata Qieda tertutup
Thorn among roses, abang dengan adik-adiknya, Ammar dalam kalangan Atikah, Aqiedah dan Nabilah. Kami berempat merancang percutian kami dengan teliti. Google spreadsheet menjadi buku lejer merancang budget semasa perjalanan, google search engine memberi impian dan imaginasi kepada travelers sebelum memulakan perjalanan, duit berkepuk dalam bentuk tunai, debit dan credit untuk sustain kehidupan, dan doa kepada Yang Maha Esa sebagai pelindung kepada yang bermusafir dan yang ditinggalkan. Cukup dengan bekalan yang diperlukan, dengan semangat yang kental kami memulakan perjalanan.

Florence
Ni kira mukadimah a.k.a summary of the journey la.

Pisa
Newcastle-Rome-Venice-Florence-Pisa-Turino-Como-Lugano-St Moritz-Como-Mont Blanc-Geneva-Bern-Luzern-Interlaken-Lauterbrunnen-Interlaken-Lausen-Geneva-Bristols-Newcastle

Como
Above are destinations yang kami lawat dengan pelbagai mode of transport. Dari sebesar flight, sampai la ke sekecil tapak kaki, semua kitorang dah naik; Flight domestic and international, train jarak jauh yang railway atas tanah rata, funicular yang naik bukit dalam keadaan menyenget, city commuter, bus, car, gondola, and bus no 11 a.k.a kaki kami sendiri.

Lugano
Tempat tidur? Dari yang ntah berapa star nye hotel, hostel, cabin depan tasik yang tersangat lawa view waktu sunset, sampai la kat dalam kereta sewa yang comel, semua pernah menerima haba dari badan kami yang penat ketika itu. Oh, not to forget, dekat kerusi menunggu di station boat pon pernah jugak. Tak payah nak cantik sopan sangat la waktu berjalan-jalan kan...

St Moritz

Dalam pengurusan budget, anda perlu lah bijak. Benar, kadangkala berjalan secara konvoi beramai-ramai memang jimat. Tapi, bergantung kepada preference individu la. Yang suka jalan satu tempat berjam-jam memang akan rasa limited. Pada yang suka buat kerja merepek macam kitorang, boleh la merancang percutian bajet dengan bijak dan kreatif. Neuron otak kena cepat bercabang untuk mencari jalan keluar kepada masalah yang membelenggu. Dan yang paling penting, jangan kedekut sebab kedekutan anda bakal menyekat kebahagiaan. Haha. Tak jugak aku sebut bajet kitorang yang terbang kan? Termasuk pre-budget sampai post-budget, cincai kira 1000pounds la. Sepatutnya 700 je, tapi disebabkan beberapa insiden yang tak dapat dielakkan which akan diceritakan later, bajet itu melonjak ke angka ribu. Dah macam nak g umrah je kan?

Bern
Luzern
Luggage? Sila bawa yang sesuai masuk ke dalam flight cabin ryan air. Sebab flight cabin ryan air adalah yang paling kecil. Perasaan ingin membuat keuntungan secara tamak haloba seperti air asia oleh ryan air dan low cost carrier yang lain menyebabkan anda pon perlu berpada-pada membawa baju dan makanan dalam luggage. Kalau tanya budak lelaki, of course la boleh bawa baju sehelai sehari. Confirm2 la t shirt sehelai tu nipis je kan? Untuk aku yang agak nak selebet je ha, mampu je bawa baju sehelai sehari; kira ada 10 helai la kan untuk percutian ni. Bagi yang gedik asyik nak tukar kasut, bag, aksesori, make-up dan sebagainya, sila la mampatkan segalanya. Tapi, kalau terasa duit terlebih, apa salahnya check in kan? But beware of the consequence later which also will be told why... Jangan tak percaya dalam bag yang penuh baju sehelai sehari kitorang tu siap ada seterika, maggi berpaket-paket, rendang, sambal, dan of course toiletries sederhana gabak.

Interlaken
Nak sneak peek gambar kitorang tak? Dalam beribu gambar yang kitorang ambil, tolak gambar yang tak senonoh dan duplicates, ni antara yang okay and masih ada dalam memori smartphone ni. Malas nak godek full files. Gambar yang di edit tu obviously from Aqiedah sebab dia je yang paling rajin antara kami.

Geneva

No comments:

Post a Comment