Monday, 23 September 2013

7th June 2013 - Upon arrival in Rome (1st day)

Rome is our first summer trip destination. We took off from Leeds Bradford airport by Jet2flight in the morning. That was our first time with that carrier and we had an awesome experience with it. The pilot kept updating the location so we could see the cities from the bird view. The first city that he mentioned was Paris but we could not find Eiffel tower due to the hazy weather. As passing over Switzerland, we saw snowy mountains and green blue lakes.

The view from the window
We were so excited and eager to start the journey as soon as touching down Fiumicino airport. One thing that I hate the most is waiting and I got so frustrated with the management at the airport. There were a lot of tourists beside us and everyone got stuck for almost an hour to pass the immigration checkpoint. During that waiting, we met a lovely Malaysian woman who was already a permanent resident in Leeds; she came to Rome to attend a friend's wedding. She reminded us to take care of our belongings while being in a crowd. Pick-pocketing has been a serious trauma to every single tourist and everyone has taken an extra care towards this matter, including us. We even bought and wore a pouch attached to our body to protect money and passport especially. Alhamdulillah nothing bad happened to us during our stay in Rome.

St Peter's Basilica
Terravision airport transfer service. 8 euro for return journey or 5 euro per single journey.Tickets can be bought at its desk upon arrival at the airport or via the website. One single journey takes about an hour depending on the traffic condition. Any further information can be obtained here.
A free welcome drink given out at Roma Terminal (main train station) to quench thirst.
Atikah, Nabilah and Aqiedah; in front of Vatican museum
Our time in Rome was limited. So, we had to take a strategy to at least cover all must-see-places in a day and half. Since Vatican city tu agak jauh dari Roma Termini, we decided to visit that smallest country in the world on the first half of time diperuntukkan untuk melawat kota Rom. Bagi para muslimin seluruh dunia, Makkah is our Holy Land, kan? Buat penganut Kristian, Vatican City ni la 'kiblat' mereka. Pak Cik Pope yang terkenal tu duduk sini tau. Sisters / nun dari pelosok dunia ramai datang nak ambil 'ijazah' kat sini. At first, we felt awkward being there, sebab tak tahu apa nak tengok. But, we were lucky sebab datang on that day. If we came on the next day, we would not have the chance to be in the square as there was a big  religious ceremony being held.

Vatican Square
Castel Sant' Angelo
Enough with Vatican City, we continued walking towards Rome's attractions. Untuk orang yang kurang menghargai sejarah dan hanya cintakan keindahan, memang kaki berjalan mata melihat je lah. Tak de la sibuk-sibuk nak masuk setiap tempat, kenal sebab musabab bangunan tu terbina ke apa ke, kan... Dok posing je la. Bagi sesiapa yang tak sempat nak pergi Athens tengok Pantheon yang dah separa roboh tu, kat Rome pon ada Pantheon yang masih teguh berdiri.  

The Supreme Court of Cassation
Us at Piazza Navona
At Piazza Navona you could see various artworks displayed on the street. The portraits and scenery drawings are totally awesome. There are a few fountains yang ada patung-patung separa bogel and we took a rest there; not that we were fascinated by the figures. At the same time, there was an acrobatic show by the local. Beria-ia lah semua 'lepak'ers *wujudkah such term???* tengok street performance tu, termasuklah aku. 

Gelato fruity yogurt. Pomegranate, citrus and watermelon.
Penat yang teramat sangat dah kaki kami berjalan. Though umur masing-masing dah 20-an, bila letih, perangai terus jadi macam budak-budak umur 2 tahun. Dalam usaha mencari jalan pulang, kami terserempak dengan kedai ais-krim ni. Gelato merupakan salah satu signature dessert di Italy, kalau dah sampai di Italy tapi tak makan local gelato, rugi la. We ended up buying three scoops each of fruity yogurt. Tersangatlah sedap rasanya, sampai hilang rasa penat. Macam penagih dapat dadah, macam tu la kami semua ketika makan fruity yogurt tu...

Piazza Venezia
By the time we arrived here, it was already dusk. That means we already walked for 5 hours around the city of Rome and our bodies were already exhausted. The city of Rome are definitely not as small as I thought. Dah berkilo-kilo meters jalan pon tak sampai jugak ke hotel penginapan kami. Piazza Venezia and Colloseum are located next to each other. We took our free time and lepak depan Colloseum before boarding onto the city commuter to Roma Termini sebab dah tak larat sangat dah. Kat situ lah, mamat-mamat bangla started nak mengendeng suruh beli shawls diorang. Adoi... Dah la penat, kena kejar ngan abang B lagi... sumpah malas nak layan. So, masing-masing buat dek je la sampai those guys gave up on us.

Colloseum at night.
Masa berjalan tu, ada seorang Turkish man datang tegur kami sebab kami nampak sesat. He suggested us to go to Spanish Step sebab kat situ memang happening waktu malam. Ada banyak lampu-lampu and orang melepak. Tapi, apakan daya, semua dah melepek and we missed the route on the way nak pergi situ. Dah salah baca peta, we ended up sampai ke titik permulaan jalan kaki kami. Apa lagi, balik tidur la. 

Thursday, 19 September 2013

Jejak mula kami di Switzerland dan Italy

Diriku pernah mengembara
Jauh ke eropah benua yang indah
Melihat panorama dunia
Ciptaan Yang Maha Esa

Bukan kembara jika tidak berduri
Jalan dilalui penuh ranjau tiada bertepi
Senang dan duka sabar dikongsi
Dengan sahabat kami tempuhi

Rome
How to even start writing this travelog? Aku bukan insan yang leka menulis. Setiap moment yang terjelma di kotak fikiran bukan tentu boleh disampaikan dengan jelas dan menarik di ruang karya ini. Sudah banyak tempat aku lawati, namun yang kali ini padat dengan cerita pahit dukanya bersama sahabat sejati menjadi teman setia in sailing through the adventurous vacation. Who knows 10 days have bonded us enough with surfacement of various characters and personalities, and also problem solving skills.

Venice. Oppppsss tak perasan mata Qieda tertutup
Thorn among roses, abang dengan adik-adiknya, Ammar dalam kalangan Atikah, Aqiedah dan Nabilah. Kami berempat merancang percutian kami dengan teliti. Google spreadsheet menjadi buku lejer merancang budget semasa perjalanan, google search engine memberi impian dan imaginasi kepada travelers sebelum memulakan perjalanan, duit berkepuk dalam bentuk tunai, debit dan credit untuk sustain kehidupan, dan doa kepada Yang Maha Esa sebagai pelindung kepada yang bermusafir dan yang ditinggalkan. Cukup dengan bekalan yang diperlukan, dengan semangat yang kental kami memulakan perjalanan.

Florence
Ni kira mukadimah a.k.a summary of the journey la.

Pisa
Newcastle-Rome-Venice-Florence-Pisa-Turino-Como-Lugano-St Moritz-Como-Mont Blanc-Geneva-Bern-Luzern-Interlaken-Lauterbrunnen-Interlaken-Lausen-Geneva-Bristols-Newcastle

Como
Above are destinations yang kami lawat dengan pelbagai mode of transport. Dari sebesar flight, sampai la ke sekecil tapak kaki, semua kitorang dah naik; Flight domestic and international, train jarak jauh yang railway atas tanah rata, funicular yang naik bukit dalam keadaan menyenget, city commuter, bus, car, gondola, and bus no 11 a.k.a kaki kami sendiri.

Lugano
Tempat tidur? Dari yang ntah berapa star nye hotel, hostel, cabin depan tasik yang tersangat lawa view waktu sunset, sampai la kat dalam kereta sewa yang comel, semua pernah menerima haba dari badan kami yang penat ketika itu. Oh, not to forget, dekat kerusi menunggu di station boat pon pernah jugak. Tak payah nak cantik sopan sangat la waktu berjalan-jalan kan...

St Moritz

Dalam pengurusan budget, anda perlu lah bijak. Benar, kadangkala berjalan secara konvoi beramai-ramai memang jimat. Tapi, bergantung kepada preference individu la. Yang suka jalan satu tempat berjam-jam memang akan rasa limited. Pada yang suka buat kerja merepek macam kitorang, boleh la merancang percutian bajet dengan bijak dan kreatif. Neuron otak kena cepat bercabang untuk mencari jalan keluar kepada masalah yang membelenggu. Dan yang paling penting, jangan kedekut sebab kedekutan anda bakal menyekat kebahagiaan. Haha. Tak jugak aku sebut bajet kitorang yang terbang kan? Termasuk pre-budget sampai post-budget, cincai kira 1000pounds la. Sepatutnya 700 je, tapi disebabkan beberapa insiden yang tak dapat dielakkan which akan diceritakan later, bajet itu melonjak ke angka ribu. Dah macam nak g umrah je kan?

Bern
Luzern
Luggage? Sila bawa yang sesuai masuk ke dalam flight cabin ryan air. Sebab flight cabin ryan air adalah yang paling kecil. Perasaan ingin membuat keuntungan secara tamak haloba seperti air asia oleh ryan air dan low cost carrier yang lain menyebabkan anda pon perlu berpada-pada membawa baju dan makanan dalam luggage. Kalau tanya budak lelaki, of course la boleh bawa baju sehelai sehari. Confirm2 la t shirt sehelai tu nipis je kan? Untuk aku yang agak nak selebet je ha, mampu je bawa baju sehelai sehari; kira ada 10 helai la kan untuk percutian ni. Bagi yang gedik asyik nak tukar kasut, bag, aksesori, make-up dan sebagainya, sila la mampatkan segalanya. Tapi, kalau terasa duit terlebih, apa salahnya check in kan? But beware of the consequence later which also will be told why... Jangan tak percaya dalam bag yang penuh baju sehelai sehari kitorang tu siap ada seterika, maggi berpaket-paket, rendang, sambal, dan of course toiletries sederhana gabak.

Interlaken
Nak sneak peek gambar kitorang tak? Dalam beribu gambar yang kitorang ambil, tolak gambar yang tak senonoh dan duplicates, ni antara yang okay and masih ada dalam memori smartphone ni. Malas nak godek full files. Gambar yang di edit tu obviously from Aqiedah sebab dia je yang paling rajin antara kami.

Geneva

Monday, 16 September 2013

Dayangs of sameerahakim


Here we are. Gorgeous and hiruk pikuk.
Persahabatan kami *please bear with my words. this would sometimes change to 'kitorang' later* terjalin sejak 10 tahun lepas. What year was that? 2003 lah kan... That means masa tu kitorang baru je menjejaki alam persekolahan menengah di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Muka masing-masing ketika itu memang selebet and 'busyuk' ah, terutama sekali aku yang ketika itu hanya berumur 12 tahun. Ida and Syikin ni first intake, and the rest of us, i.e. Amie and Me'e adalah second intake. Dulu, first and second intake batch ni pernah jugak lah ada war berebut kakak angkat. Bila fikir kembali, macam lawak pon ada. Nonsense reason betul kan? But, that happened long time ago. Zaman budak-budak remaja baru nak up.


What make us bonded? BAND. With Guts, There's Glory. Haaa macam-macam kisah and perangai surface bila the place is heated up with tension and stress kan? Matlamat band ni satu je dulu, i.e win the first place in the national wind orchestra competition. So, beria-ia lah semua orang, baik senior and junior berlatih siang malam setiap hari to get the perfection in performing nanti. Dan... semangat juang yang tinggi itu dikongsi bersama dalam kalangan ahli pancaragam tersebut. Pernah suatu ketika dahulu, kitorang duduk dalam satu bulatan, and I was the one who asked them sambil menuding jari kepada setiap orang dalam bulatan gembira tu "muka ni nak masuk wind orc?" 


Selepas penat dan tawa bersama-sama selama 5 tahun, kami graduate dari sekolah dengan pengalaman yang sama. Waktu dalam band la aku belajar break rules sekolah. Sebagai seorang yang skema masa kat sekolah dulu, bila first time nak buat salah tu la nak hampir kantoi. Masa tu baru je appointed sebagai pengawas, kalo kantoi, habis lah reputasi aku kan? Kononnya... Nak tahu apa kesalahan yang aku try nak buat tu? Haa, not a big one pon - menyorok kat dalam band room waktu kuliah maghrib. Masa tu semua senyap, lampu dalam band room pon off, perhatian tertumpu kepada ketukan main door bilik berhawa dingin tersebut. Of course lah aku yang paling cuak dalam bilik tu, sebab first time kan? Rupa-rupanya Ida yang ketuk. Lega bercampur tangisan lah aku... Pheww *chembeng sket lah tak leh nak wat apa*


Dah 10 tahun kenal, tiba-tiba aku dikejutkan dengan mesej LINE dari Me'e bertanyakan bila aku akan kembali bercuti di tanah air. Reaksi kepada soalan tersebut "Asal? Ko nak kahwin ek?" And the answer was yes. Me'e nak kahwin!!! OMG. Siapa sangka dalam circle yang gorgeous ni, Me'e yang pertama akan berkahwin. Haa semua orang excited. Amie yang belajar dekat Jepun pon sanggup balik demi perkahwinan kawan tercinta ni ha. 

Persiapan perkahwinan Me'e dibuat oleh si pengantin sendiri. Dari bunga telur, door gift sampai la memilih pengantin lelaki. Oppss. So, a day before akad nikah, aku, Ida and Amie pon bertandang ke rumah Me'e untuk menyemak. Masa tu, hantaran dia tak siap lagi, door gift kanak-kanak pon tak masukkan penuh, bunga telur tak terpahar lagi *wujudkan istilah terpahar?*, so kitorang pon tolong apa yang patut. 
Selepas menunaikan solat maghrib, kitorang pon start menggubah bunga untuk hantaran pengantin lelaki. Tangan masing-masing bukanlah artistic sangat kan. Sebab raya rituh, abang aku kahwin and aku yang tolong ibu buat hantaran, I gave some idea to start la. Habis la kain net mak Me'e kitorang potong. Selesai tugas aku keje Kamdar potong kain net, Amie jadi florist gunting bunga, Ida cucuk bunga buat hantaran, terhasil lah hantaran Me'e dan jambangan bunga untuk si dayang. Dalam tak reti kitorang tu, berjaya juga siapkan semua pada pukul 1 pagi. Bilik pengantin jangan cakap cantik la, haru biru dah lantai tu kitorang kerjakan. Kesian pengantin perempuan lewat dapat beauty sleep.




Akad nikah sepatutnya start pukul 1030 pagi. Tok kadi dah sampai, photographer pula tak sampai-sampai. Sesat katanya... Panjang tazkirah Tok kadi before akad tu. Peringatan disampaikan dengan teliti, siap dengan contoh. Senang cakap, kalau tak faham jugak, tak tahu lah nak cakap apa. Me'e dinikahkan oleh ayahandanya sendiri, Pak Cik Tahir *tak perlu lah aku nak mention nama penuh pakcik ni ye*. Masa ayah Me'e nak lafaz akad tu, hati aku tersentuh sikit la, nampak renungan ayahnya ke Me'e. Mana tak nya, first girl in the family is getting married kan. Dengan sekali lafaz, sah lah kawan kami, Me'e menjadi isteri kepada Hakim yang merupakan classmate Me'e jugak.


Heboh lah satu majlis tu dengan hiruk pikuk dari all the girl friends dari SSP dulu. Biasalah bila dah lama tak jumpa, banyak la cerita keluar dari setiap mulut Pioneers yang datang kan. Yang nak keje la, nak kahwin la, nak beranak la, macam-macam. Yang paling aku amaze, our batch leader, Sheque is now taking Master in Forensic. Gila gempak!!! Dropped jaw kejap la aku masa dengar. Haha.Gambar jangan cakap la, beribu agak nya diorang ambil. Aku ada jugak lah miss ambil gambar ramai-ramai sebab menjemput 'VVIP' Mami dekat marhalah dia kat UIA tu. Haha. 


Sampai petang jugak lah, we the dayangs stayed dalam majlis walimah Sameerahakim tu. Masing-masing dah penat bergelak ketawa, pengantin pon penat melayan tetamu, maid of honour pon dah habis cantik dah, kitorang pon wrap up dengan final photography session. Door gifts yang tak habis tu kitorang bawak balik sikit, buat bekal makan dalam kereta. Hikhik. Kecomelan aku memakai gown bridesmaid macam gown flowergirl yang kanak-kanak tu pon berakhir. 


Buat Me'e and suami, aku doakan yang terbaik untuk korang, semoga korang berdua bahagia hingga ke syurga, murah rezeki dapat zuriat dan keturunan yang bermanfaat kepada ummah, dapat jadi doktor haiwan yang penyayang dan berdedikasi dan terutamanya dirahmati dan diberkati Allah swt... Amin...