Setia diriku melakukannya
Mengapa tidak engkau?
Bantuku selayaknya
Untuk aku membantumu sebiasanya
Sejujurnya ku merasakan tidak adil
Untuk engkau mencurahkan segala beban ke atasku
Aku juga mahu kebebasan
Untuk mencari sesuatu yang aku inginkan
Jika tidak mahu, katakan tidak
Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung
Disorong sana sini kau mengikut
Tanpa hati merelakannya
Berhentilah menggangu masaku
Tidak mahu aku mendusta lagi
Kau pergi jangan kembali
Tanpa kemahuan dirimu sendiri
Sudahlah sudah kau begini
Cubalah mengerti perasaan lain
Aku penat melayan karenahmu
Seperti anak kecil yang tidak langsung tahu
Dewasalah seperti usiamu
Bertanggungjawablah seperti yang teramanah
Kelak kau juga lalui
Bila masa untukmu sudah tiba
Kau kawan kau teman
Jangan sampai menjadi musuh
Kau rahmat kau persoalan
Bantuku jawab di padang sana
Sedarlah rakan apa yang ku maksudkan
Buat pengajaran buat bekalan
Aku kasihmu seperti taulan
Ku harap kau juga sedemikian
Peganglah amanah peganglah janji
Jangan yang kosong yang kau beri
Ku mengharap pertolongan darimu
Bantulah aku untuk membantu dirimu
Mengapa tidak engkau?
Bantuku selayaknya
Untuk aku membantumu sebiasanya
Sejujurnya ku merasakan tidak adil
Untuk engkau mencurahkan segala beban ke atasku
Aku juga mahu kebebasan
Untuk mencari sesuatu yang aku inginkan
Jika tidak mahu, katakan tidak
Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung
Disorong sana sini kau mengikut
Tanpa hati merelakannya
Berhentilah menggangu masaku
Tidak mahu aku mendusta lagi
Kau pergi jangan kembali
Tanpa kemahuan dirimu sendiri
Sudahlah sudah kau begini
Cubalah mengerti perasaan lain
Aku penat melayan karenahmu
Seperti anak kecil yang tidak langsung tahu
Dewasalah seperti usiamu
Bertanggungjawablah seperti yang teramanah
Kelak kau juga lalui
Bila masa untukmu sudah tiba
Kau kawan kau teman
Jangan sampai menjadi musuh
Kau rahmat kau persoalan
Bantuku jawab di padang sana
Sedarlah rakan apa yang ku maksudkan
Buat pengajaran buat bekalan
Aku kasihmu seperti taulan
Ku harap kau juga sedemikian
Peganglah amanah peganglah janji
Jangan yang kosong yang kau beri
Ku mengharap pertolongan darimu
Bantulah aku untuk membantu dirimu
No comments:
Post a Comment