Dalam resah gelisah menyibukkan diri dalam menyiapkan projek tahun akhir aku, sempat lagi aku mengutarakan cadangan untuk keluar melihat pemandangan indah di sekitar selatan tanah inggeris. Ketika itu, aku sebenarnya bercadang untuk ke Amsterdam untuk meninjau kecantikan taman bunga yang sangat popular di dunia, iaitu Keukenhof. Perbualan aku bersama rakan serumahku tiba-tiba berubah kepada angan-angan kami untuk melihat Stonehenge. aku yang selalu menggalas tugas sebagai perancang percutian serta merta 'survey' harga tiket kapal terbang serta penginapan di sekitar Bath dan Cotswold. Alhamdulillah, mungkin itu rezeki kami, perancangan untuk bercuti disebalik kesibukan menulis 'thesis' akhirnya terlaksana.
Perjalanan melalui pengangkutan udara 'easy jet' hanya mengambil masa 1 jam 5 minit dari Newcastle ke Bath. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Walaupun kami sampai sekitar jam 9 pagi, kami tidak dapat memulakan perjalanan darat serta merta. Satu masalah timbul oleh sebab pihak pengurusan Avis yang mempunyai polisi yang ketat dalam penerimaan bukti pengalaman seseorang penyewa kenderaan. Akhirnya, kami terpaksa menunggu hingga jam 12 tengahari untuk kereta sewa dari syarikat Europcar untuk tiba. Hanya Europcar sahaja yang menerima pemegang lesen UK tetap kenderaan sekurang-kurangnya dengan 2 tahun pengalaman. Sambil menunggu waktu tengahari itu, sempat juga kami bersarapan dengan mahalnya di sebuah kedai kopi di dalam terminal lapangan terbang tersebut.
Destinasi kami yang pertama ialah Bicester Village. Seperti yang anda semua sudah ataupun belum maklum, Bicester Village merupakan sebuah outlet yang menjual barangan berjenama seperti Prada, Ralph Lauren, Fendi, Coach dan sebagainya. Senarai jenama terkenal boleh didapati di
sini. Ketika kami sedang berjalan menuju ke pintu masuk utama outlet tersebut, kami disapa oleh seorang lelaki melayu yang segak bergaya. Pada mulanya, kami was-was dengan gelagatnya yang seperti mahu menyerahkan barang terlarang.
Adik, adik. Melayu eh?
A'ah. Kenapa?
Nah. Ni ada voucher diskaun. Guna lah. Saya dah nak balik ni.
Sejurus itu, lelaki itu pon beredar menaiki kereta mewah berjenama Mecedes. Kami agak terpinga-pinga sebentar sebelum sedar akan nilai baucer tersebut. Itu adalah baucer VVIP yang menawarkan potongan 10% di semua kedai. Namun, apakan daya, tahap kewangan seorang pelajar bukanlah tinggi seperti ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berjuta ringgit saban tahun. Akhirnya, baucer tersebut hanya digunakan oleh salah seorang antara kami yang membeli barangan kosmetik. Kami yang lain hanya berbelanja di restoran Thai bagi memenuhi selera perut kami. Nafsu berbelanja kami padam serta merta apabila melihat tag harga tas tangan mahupun baju berjenama.
Keesokan harinya pula, kami meneruskan perjalanan ke bandar Bath. Bandar lama ini mengusik kenangan lama aku. Aku pernah bertandang ke bandar Roman ini 4 tahun yang lalu bersama-sama kawan kolej, Noon, Tashi, dan Michelle. Kunjungan kali ke dua bersama dengan rakan serumahku, Kak Sureen, Dyaa, Maryam dan Kak Aimi tambah bermakna dengan pelajaran baru. Kami berkesempatan melawat Roman Bath dan mendengar sejarah tempat tersebut melalui 'walkie talkie' yang tersimpan segala penerangan yang sepatutnya tentang bahagian dalamannya.
|
Roman Bath |
Selesai bergambar di setiap pelusuk kompleks Roman Bath, kami pon meneruskan perjalanan ke Dorset.Sepanjang perjalanan itu, mata kami tertambat dengan keindahan ladang bunga Rapeseed yang kekuningan di kiri dan kanan jalan. Masa itu lah, semua berangan jadi Kajol dan Shah Rukh Khan dalam filem dilwale dulhania le jayenge.
|
Rapeseed field |
Perjalanan ke Durdle Door mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bath. Perjalanan yang kadang kala hujan kadang kala cerah itu tidak mematahkan semangat kami untuk bergambar. Sempat juga kami singgah di sebuah istana lama milik keluarga diraja British. Tetapi disebabkan lokasi istana yang jauh dari pintu gerbang utama, kami hanya memberhentikan kereta di tepi sebuah lapangan hijau. Selesai berangan dan bergambar di sebalik batang pokok laman istana tersebut, kami disapa seorang pekebun.
Hi there. How are you?
Hi!!! (dengan semangat tapi berdebar-debar juga sebab memang tahu kesalahan sendiri - salah parkir kereta). We are good, thank you.
I don't want to interrupt you taking picture here. But, you know, you have to park the car over there and pay for it.
Oh yeah. We are sorry for that. We are just stopping by for a while and will leave very soon (jawab dengan muka termonye-monye. LOL).
|
Durdle Door |
Cantik Durdle Door ini, bukan? Durdle Door merupakan gerbang batu semulajadi yang terbentuk kerana hakisan ombak. Ia terletak di perairan Jurassic dan menjadi sebahagian daripada Lulworth Estate. Kalau nak bawa haiwan peliharaan berjalan ke, ambil gambar lompat gedik poyo ke, sunbathing ke, berenang ke, bolehlah turun ke pantai mengikut tangga yang disediakan menuruni cerun bukit yang curam itu.
|
Durdle Door |
Tapi, kalau lutut tu longgar-longgar ataupun stamina tak cukup kuat untuk mendaki balik ke atas bukit menuju kawasan parkir kereta, mundar-mandir sahaja lah macam pak cik jurugambar ini, Memandangkan cuaca pon mendung, dan kami perlu memandu pulang selama 3 jam untuk kembali ke Bath, kami tidak sempat untuk turun ke tepi pantai. Gambar hanya diambil di tepi tebing sekitar kawasan tersebut.
|
Man O' War beach |
|
Cirencester |
|
Bibury |
|
Bourton on the Water |
|
Broadway Tower |