Kata yang indah, yang menyentuh perasaan, yang menginsafkan, mampu menitiskan air mata terharu. Jangan kata setitis dua, berkotak-kotak tisu pon belum tentu boleh mengeringkan air mata tersebut.
Begitu juga dengan kata-kata yang buruk seperti celaan. Kata-kata itu juga mampu menitiskan air mata seorang yang punya hati dan perasaan. Namun, tangisan ini tidak memberi makna kerana walau berbaldi-baldi air mata yang jatuh, tak akan boleh memujuk hati atau menutup luka yang ada. Tangisan seperti ini merugikan kerana tangisan ini menunjukkan kelemahan seseorang.
No comments:
Post a Comment