SSP
aku jumpa satu tempat yang penduduknya datang silih berganti. masuk satu batch, keluar satu batch. tapi, dalam tempat itu, selalu ada benda baru keluar, yang baik mahupun buruk. namun, ada satu benda baik yang muncul tapi tak pernah keluar, iaitu, persahabatan yang pernah terjalin, benda itu muncul bila kita mulakannya dulu, dan ikatan itu tak pernah keluar dari tempat asalnya, kata mudah nya, tak pernah putus. aku harap kita semua kawan sampai bila-bila ya.
Bandroom
Dalam banyak-banyak bilik, bandroom yang paling aku suka dekat sekolah dulu, sebab kalau panas sangat, ada tempat sejuk, kalau nak lari, ada tempat menyorok. Dalam ramainya pemain muzik, kalian semua lah yang menjadi kegemaran aku. walaupun bukan juara, tapi, muzik kalian sentiasa menjadi carta satu dalam memori aku. Semoga kenangan suka-duka itu akan sentiasa berlagu dalam memori yang telah tercipta.
Matematik Tambahan
1+ 1 = matematik tambahan. satu subjek yang pernah buat kita cuak. gelak ketawa, rasa pelik dengan jawapan, conteng jalan kerja setengah jalan, buntu dengan soalan, semua nya tersimpan indah dalam kotak ingatan aku. tapi kini, semua ada dalam haluan masing-masing. matematik tambahan hanya... menjadi matematik tambahan, tapi kita dah jadi manusia yang bertambah ilmu. semoga kita semua berjaya dan boleh gelak kan matematik tambahan yang sememangnya 'mudah' itu.
No comments:
Post a Comment