Semenjak menjadi penghuni sementara dalam kawasan bandar, aku dan rakan-rakan turut menjadi pengguna setia kenderaan awam. Padang Jawa - KLCC menjadi destinasi harian kami. Pelbagai ragam dapat dilihat and I learned about the do's and dont's while using public transports.
1) JANGAN KENTUT
Benda ni terpaksa di stress kan kat nombor satu of dont's thingy. Eeewwww apakah?? Dah kenapa nak kentut dalam aircond area yang ada orang? Haip... Dah banyak kali happened. Pernah sekali tu, aku terus pindah gerabak. Wengg la. Tahan je la. Nanti keluar train, kentut sangat lah. Menggangu gugat kestabilan emosi betul.
2) MAKE SURE BAKI KAD RAPID / Touch n Go MELEBIHI KADAR MINIMUM YANG DITETAPKAN
Haaa macam mana nak tahu berapa kadar minimum? Ni apa yang kawan aku cakap la. Let say you board from KLCC. The last station would either be gombak or kelana jaya. Make sure baki kad melebihi harga klcc-kelana jaya. Tapi tak tahu lah teori ni betul ke tak. While writing ni pon aku tengah terfikir. If we have rapid card, it will cover STAR's station too. So paling jauh would be ampang, petaling, sentul kot. So, tinggi nye minimum? Hurm... Better tanya kaunter tiket untuk info lanjut. Kenapa aku cakap ni? Sebab, orang-orang yang tak cukup baki and stuck ni membuang masa orang belakang. Again, emo.
Kalau touch n go, rasanya kena ada lebih dari rm2. Kalau tak kena tangkap, lepas je nk jalan. Tapi kalau ada pak cik ktm or pak cik polis bantuan jaga depan scanner, ha sila lah ke kaunter untuk membuat bayaran lanjut.
3) JANGAN BERKUMPUL DI DEPAN PINTU MASUK
Aihhh dah kenapa la nk semak je depan pintu lrt or ktm tu? Jalan je la tengah sikit. Banyak lagi ruang, banyak lagi orang boleh masuk kot.
Ha macam tu lah hari-hari dok mengomel dalam hati.
Teringat masa intern 2013 dulu. Dari cheras station, kena naik STAR. Tapi kalau pukul 7.30 pagi, memang padat macam sardin. Ada sekali tu, aku insist gak nak masuk sebab dah lambat. Aku nampak masih ada ruang lagi untuk aku berpijak. Bagi aku tak de ruang tu kalau depan pintu tu ada kasut semata-mata. Masa masuk tu, aku dengar la ada minah ni mengomel. Time tu dalam hati macam "eeee sorry la akak. Saya kecik je. Tak bergerak pon akak kat tengah tu masa saya masuk."
4) MANDI PAGI
Dah bangun pagi tu, mandi la... Yang nak jugak naik public transport tak mandi pagi tu dah kenapa. Aku ni dah la pendek. Kot kau tu tinggi, obviously bau tu boleh tersebar kot kalau kau pegang handle atas tu. Haip...
5) BERATUR DAN JANGAN MEMOTONG BARISAN
Bayangkan kau elok-elok dah beratur tunggu ktm or lrt. Tiba-tiba orang potong barisan dari tepi or tengah. Nak jeling pon tak guna sebab orang tu ignorant sangat. Menyampah okay. Cuba la bertimbang rasa sikit. Semua pon nak cepat. Tapi, tak kemana kot train. Kalau semua boleh beratur, inshaAllah ada je tempat dalam train tu. Ada pernah sekali tu aku geram, memang aku letak je tangan dekat tepi pintu train tu, tak kasi orang potong dari tepi. Menyampah.
Haaa, rasanya tu je la kot. Dah nak sampai Padang Jawa dah ni. Hehe. Conclusion nya, jadi lah pengguna yang berhemah. Kalau anda menyenangkan orang, orang pon akan menyenangkan anda.