Saturday, 26 February 2011

'TERDESAK' - siri 1 - player terdesak

John a.k.a Junior Orang Hutan Niagara mempunyai 7 adik beradik yang kesemuanya 'jantan-jantan' belaka. John merupakan anak tengah dan yang paling 'handsome' dalam kalangan adik-beradiknya. John membesar dengan kasih sayang seorang perempuan yang bernama 'mommy'. hubungan John dengan 'mommy' sangat erat, namun hubungan John dengan adik beradiknya yang lain tidaklah serapat mana kerana mereka cemburu dengan kekacakan John. 'territory' John terletak di kawasan pulau-pulau kecil yang asalnya didiami oleh sekawan heLang batu Kawi. disebabkan kekacakan John, John tidak tamakkan pisang kerana wajahnya memang semulajadi kacak walaupun tanpa pertolongan 'sunblock' jenama 'banana boat'. John juga mengamalkan diet 'baby lotion' untuk mengekalkan seri wajah dan kulitnya.




namun, John tamakkan kaum hawa disekelilingnya. hidupnya hanya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti mengorat anak dara dan juga 'anak dara wannabe' yang berbau makanan. john tanpa segan silu mengacau mereka apabila mempunyai kesempatan. salah satu taktik John ialah dengan menunjukkan perutnya yang ada '6 kotak'. buktinya, John telah menyebabkan seorang gadis perawan menjerit apabila John menyergahnya. John juga sering 'mencuci mata' melihat gadis-gadis berdahi licin yang asyik bersiram dalam 'territory' nya. buruknya perangai John telah ditambah dengan aksi panas bak pisang goreng panas prada di hadapan khalayak ramai. hal ini terjadi bukanlah hanya di satu tempat, tetapi di pelbagai kawasan, contohnya dihadapan tasik pengapit beranak dan di tepi perigi sepuluh. apabila kesemuanya 'telah digoda', John telah berasa bosan.

John mula bertindak liar, sehingga bersikap 'harapkan pagar, pagar makan padi'. tidak cukup dengan satu 'steady girlfriend', John telah cuba memikat ipar-iparnya yang 'hot' baik yang muda mahupun yang lebih tua. meskipun perangai 'kasanova' John diketahui umum, namun semua gadis masih mahu menagih cinta John kerana John bijak bermain kata-kata. madah berhelah John itulah yang telah menjerat gadis-gadis supaya jatuh dalam dunia fantasi 'gila' John. John sering mengajak ipar-iparnya keluar pada setiap malam minggu. 'date' nya itu tidak pula diketahui oleh abang-abang dan adik-adiknya mahupun teman wanitanya. hal ini kerana ipar-iparnya turut sama berkomplot dengan menipu perkara sebenar kepada si suami. John telah menggunakan kesempatan yang ada untuk memadu asmara dengan mereka. perangai terdesak John sangat tidak boleh dimaafkan oleh semua pihak apatah lagi teman wanita John yang menunggu kepulangan John saban hari di pantai gandum kering.

zaman kegemilangan 'player terdesak' ini walaubagaimanapun mula merudum apabila salah seorang iparnya memberitahu akan berita yang tidak disangkainya. John tidak mahu bertanggungjawab dan mula menuduh ipar tersebut yang bukan-bukan. kini, John sudah benar-benar terdesak. kelincahan John sudah semakin berkurangan. John yang terdesak akhirnya dibuang keluarga dan membawa diri ke satu kawasan baru.

sambungan : John mengambil keputusan untuk belajar memandu di sebuah pergunungan.

No comments:

Post a Comment