Wednesday, 29 June 2011

Pukul 2 di Malaysia

Since sy suke tgk tv, ari ni sy nk cte pasal tv. and specifically tv time kol 2 petang. cube korg sume p amek remote control skang. skang kol 2 suku ni. ha, for astro subscriber, tekan bukan info. korg tekan dr tv 3, ria, prima, ngan oasis. cite pe yg korg tgk tu? cte indon kan? kenape pukul 2, pihak penyiar siar cte indon? alahai..... ingat best sgt ke cte2 indon tu. ok, honestly sy follow cte pengantin remaja kat ria tu. tp... bila lama2 tgk, rasa nyampah pon ade. asyik ade org nk dok khianat je. mcm x de jln cte lain. adoi, bosan la. konon nk tgk la cte lain, balik2 indon gak. last2, ibu soh bukak tv2, cte melayu. cte melayu pon, Allah..... x de la yg nk best. drama bosan jugak... aku pon tekan la remote tu, bukak TLC. cite makanan. at least bermanfaat sket kan... ape la nk jd malaysia ni. bukak cte indon byk2 buat pe. mcm x de cte lain je nk siar. dh bape thn kot fenomena ni jd.

I think Malaysia is really in need of new ideas dlm bidang penyiaran... Broadcast cte2 yg lbey 'mendalamkan air' n bukan cte yg sia2 semata2.


I'm not that anti sinetron, just x ske sinetron ade byk2. sket2 sudah la, kan.....

Monday, 27 June 2011

~Belajar Mencintai Seseorang Yg Tidak Sempurna Dgn Cara Yg Sempurna~

Nukilan Ukhti Nur

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan kita tertarik,
Itu bukan pilihan,
Tetapi kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itu juga adalah kesempatan.



Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan,
Tetapi itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih untuk bersama dengan seseorang walau apa pun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai lagi orang lain,
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu,
Dan kita tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita,
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan,
Pilihan yang kita lakukan.




Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada kata-kata dari sebuah filem yang mungkin sangat tepat :
"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita
bagaimana membuat semuanya berhasil."

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada,
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang,
Yang diciptakan hanya untuk kamu,
Tetapi tetap terpulang pada kamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin,
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.