Thursday, 21 March 2013

Sekali SSP memencak, kejayaan pasti di puncak!

21 Mac 2013. Tahniah untuk Amigas, batch 0812 yang berjaya meletakkan SSP sebagai sekolah nombor satu dalam senarai kedudukan sekolah yang mendapat keputusan SPM terbaik di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan nombor dua terbaik dalam Malaysia setelah kalah kepada MRSM Tun Ghafar Baba. Sedar tak sedar sudah hampir lima tahun aku meninggalkan sekolah. Aku tidak pernah mengenal siapa adik-adik Amigas, namun aku percaya mereka tentunya adik-adik yang hebat yang berjaya mengharumkan nama sekolah ke tahap ini.

Kecoh lah dunia facebook dengan status-status tahniah kepada batch Amigas, guru-guru, ibu bapa dan juga individu tertentu. Tidak kurang hebatnya dengan status-status mengimbau kisah lampau ketika masing-masing pernah berada di bangku sekolah menengah, bercinta dengan buku, melancong ke dormitri asrama, menggenggam tiket masa depan dan sebagainya. Benar, aku sungguh rindu dengan masa lalu itu. Pahit walaupun tak sepahit mana, manis walaupun tak semanis buah durian atau rambutan yang masak ranum, masam? Aku tak rasa aku pernah alami situasi 'masam' di sekolah. Haha. Namun, dalam apa jua situasi, aku tetap merasa bahagianya berada di sekolahku yang tercinta Sekolah Seri Puteri.

Bercerita tentang hari gemilang ini, aku teringat tentang pengalamanku ketika mengambil keputusan SPM pada tahun 2008. Tidurku tidak selena mana malam itu. Hatiku tidak keruan, tapi aku percaya aku masih bersemangat menonton televisyen kerana itu telah menjadi rutin harianku ketika berada di rumah. Aku terjaga dari tidurku untuk menunaikan solat fardu Subuh. Aku mohon perlindungan daripada-Nya supaya semuanya dipermudahkan pada hari tersebut. Sebelum ke sekolah, aku masih ingat aku sempat singgah di balairaya, tempat ibu bermesyuarat. Disebabkan ibu ingin menemani aku ke sekolah, ibu hanya sempat meninggalkan buku mesyuarat dan seikat rambutan kepada teman-temannya.
Nak pergi mana ni?
Nak hantar anak ambil result SPM ni...
Okay punya lah tu. Confirm straight A nyer.
Aku tergelak kecil. Aku harap masin mulut mak cik tu. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit itu aku isikan dengan selawat dan doa di dalam hati. Apabila mataku ternampak bumbung sekolah ku, jantungku berdegup kencang. Hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya aku saat itu. Aku lihat sudah ramai dalam kalangan kawan-kawanku berwajah ceria dengan slip keputusan masing-masing di tangan. Bell, kawan sekelasku memeluk aku. Aku tersenyum, namun hati ini tetap tidak tenang. Aku melangkah ke meja guru kelasku, 5 pintar. Guruku tersenyum.
Assalamualaikum cikgu!
Waalaikumsalam... Ni dah bersedia nak amek result ni? Sign kat registration list ni dulu...
Aku meminjam pen guruku yang tersedia di atas meja itu. Tanganku menggeletar. Tandatanganku dapat kulihat sedikit comot.
Tahniah! Awak dapat 10A. 8A1, 2A2.
Aku tersenyum lebar, hatiku lebih tenang, namun aku tidaklah melompat girang. Aku terus meluru ke tempat ibu dan ayah menunggu. Mataku sempat menitiskan air mata kegembiraan. Ibu dan ayah memelukku erat. Semua bersyukur dengan keputusan itu. Aku bergerak ke kumpulan kecil di mana kawan-kawanku bersembang. Aku memeluk kawan-kawanku dan guru-guru yang pernah mengajarku. Sekalung pernghargaan dan rasa terima kasih aku zahirkan kepada semua yang menyumbang kepada kejayaanku pada hari tersebut. Sehinggalah ayahku mencuit bahuku...
Angah, slip keputusan ni salah.
Aku terkejut. Huh???
Ayah tengok-tengok slip ni. Tiba-tiba macam.. eh? bukan Nabilah binti Sifyan ni. Ni Nabila binti Ismail.
Aku meneliti slip tersebut. Ya, itu bukan slip aku. Nabila Ismail adalah rakan sekelasku yang angka giliran nya hanya berbeza satu nombor sebelum aku. Untuk pengetahuan semua, ada 4 orang bernama Nabilah dalam batch aku, dan semuanya berada di dalam kelas yang sama. Fatin Nabila, Nabila, Nabilah, dan Nabilah Farhana. Aku bergerak semula ke meja guru kelasku tadi dan memulangkan slip tersebut. Guruku meminta maaf. Aku tersenyum.
Ya Allah, Nabilah... Cikgu minta maaf ye... Tak perasan pulak. Nama awak semua ni, dekat-dekat je. Sampai tersilap cikgu. Cikgu minta maaf ye. Ni slip sebenar awak. Awak check angka giliran awak kali ini.
Sepatutnya, nama penuh dan angka giliran adalah benda pertama yang harus aku teliti dari awal tadi. Bukannya keputusan dahulu. Disebabkan perasaan teruja tersebut telah hilang, aku melihat dengan perasaan yang kosong kepada slip sebenar keputusan SPM aku. Aku mendapat 9A1, 1B3. Ya, 1B3 untuk matapelajaran English for Science and Technology. Cacat, bukan? Hatiku kosong. Tidak sedih dan tidak gembira. Ibu dan ayah masih tersenyum dan mengucapkan tahniah. Mereka memberikan kata-kata semangat walaupun aku tidak berjaya mendapat keputusan straight A's.

Aku tidak lagi layak untuk naik ke pentas ketika Majlis Anugerah Cemerlang. Aku menghampakan harapan sekolah yang dahulunya meletakkan aku sebagai 40 calon yang berupaya mendapat keputusan 10A1. Aku gagal kepada diri sendiri yang pernah meletakkan objektif untuk mendapat 10A1 SPM.

TAPI... Aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana tanpa keputusan yang cacat itu, aku tidak akan kecapi apa yang aku kecapi kini. Aku tidak akan menyalahkan sesiapa kerana itu adalah takdirku. Aku redha.

Kini... Aku merupakan penuntut di Newcastle University, tahun ketiga jurusan kejuruteraan kimia di bawah pinjaman boleh-ubah Petronas dan ini merupakan tahun ke-5 aku berada di United Kingdom. Dua tahun pengajian International Baccalaureate di United World College of the Atlantic sudah cukup membuatku untuk rasa sangat bersyukur ke hadrat Allah dengan keputusan SPM itu.

Keputusan straight A's dalam SPM bukanlah satu janji pasti untuk belajar di luar negara. Benar, slip itu adalah tiket masa depan anda, tapi jika coraknya salah, anda tidak akan ke mana. Kepada yang kurang berjaya, percayalah, ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa baru kehidupan anda. Kebergantungan dan harapan kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki adalah perlu di samping usaha kita semua.



Thursday, 28 February 2013

Zulkarnain - catatan usrah march 2013


Emosi dan sosial

Ayat 83-98

Berurusan dengan manusia
Iman islam ihsan

Type of Ihsan
Allah - taqwa
Manusia - akhlak
Kerja - itqan (bsungguh-sungguh)

What is ihsan?

Taqwa seperti berjalan di atas duri (berhati-hati)

Recap:
Kisah pertama dan kedua
Kebenaran kecik, kebatilan besar

Kisah 3
Cara handle kebatilan kebenaran

Kisah 4
Kebenaran besar, kebatilan kecil

Susunan
Zulkarnain - yang benar pasti menang

Yakjuj makjuj - pertembungan dengan kebatilan

Zulkarnain was given tools to get everything i.e. Ilmu,harta, human resource besides power

Kuasa milik Allah
Bagi yang dizalimi, mampu rasa berani untuk menegakkan sesuatu yang hak
Allah berhak beri dan tarik kuasa yang diberikan kepada sesiapa sahaja
Should carry the responsibility, not take the job easy as it would be questioned in Hereafter

Power is needed to differentiate between syiah and sunni. Syiah started during khulafa ar rasyidin term. One of the group questioned on why abu bakar succeed the position as the chief minister instead of ali who is the prophet's cousin. Syiah thought that power was supposed to be inherited as it is considered a privelege. This contradicts what the prophet has believed. Power should not be a privelege, and it should not be thought as an easy subject.

The first journey of Zulkarnain to the west and he met a colony which were not yet believing in Allah. Allah asked Zulkarnain what action would he put on them, either treating them nicely or punishing.

Zulkarnain wanted to treat them based on thier actions. If they are doing good deeds, they will be given merit. Vice versa.

Munkar dan nukra
From Allah view and human view
Nukra 74 from human view, its bad. But it's not bad in Allah view
Nukra 87 from Allah view, its a fine thing.

Trip to the east
Meet poor colony, without protection

None should investigate too deeply about this story as the information about this is limited. ALLAH limits it and only Allah knows everything.

Journey no 3
Kaum belakang gunung,x paham bahasa masing2
Yakjuj makjuk golongan manusia yang membuat kerosakan di bumi
Contoh
Keruntuhan kerajaan abasiyyan
Buang buku sampai river jadi hitam dek ink
Lenyapkan tamadun

Kaum belakang gunung
Duduk tempat bahaya sebab yakjuj makjuj
Pemalas sebab sanggup bagi upah untuk buat perlindungan untuk mereka

Zulkarnain ajak mereka untuk merajinkan diri melindungi diri mereka sendiri

Reactivity series
Copper and iron

Tembok besi yang susah dilubangi
Yakjuj makjuj sudahpun keluar

Dinding itu rahmat dari Allah
Not my own power