Thursday 20 August 2015

Nilai-nilai murni dari animasi mahupun drama

Okay, apa motif kau tulis benda ni weh?

Hurm... Actually, recently ada la sempat nak berdebat pulak pasal interest masing-masing tengok naruto dan korean drama. Masing-masing pon ketegaq, nak gak menangkan naruta dan kdrama masing-masing.
Aku pon tak paham la apa yang korang suka sangat tengok naruto/kdrama tu.
Kononnya, naruto pon memberi sumber motivasi. Siap ada link blog post lagi.

So aku counter la,
Drama pon ada pengajaran dan motivasi. Just penonton kdrama pemalas nak menulis. Cuba penonton kdrama pon tulis motivase yang dorang dapat dari kdrama tu, sama je benefit nya
So, ko tulis la?

Hurm....

Tu lah. Nak menulis pon malas. But I'll try, yeah?

Dalam lagha tengok kdrama, dalam banyak-banyak storyline yang sama pasal cinta, sebenarnya ada je kdrama yang berkualiti. Cerita pasal politik yang corrupted, pasal isu kekeluargaan yang rebutkan harta, pasal bagaimana media memanipulasi berita atas sebab-sebab yang kita sendiri tak jangka dan macam-macam lagi la. Kadang-kadang isu yang dibangkitkan tu 'eye opener' jugak.

Salah satu cerita yang aku suka recently is pinocchio. Pinocchio ni sindrom orang tak boleh cakap bohong. Kononnya wartawan yang ada sindrom pinocchio ni tak boleh pergi jauh sebab mesti akan ada satu tahap yang pinocchio ni tak boleh sampaikan. Kiranya, konsep berita sahih tu sendiri dah violated. Sebab wartawan yang menyampaikan tak semestinya menyampaikan perkara yang betul. Bila tengok cerita tu, kita belajar la jangan percaya media bulat-bulat. Selidik dulu cerita sebelum nak share. Application dalam real life? Facebook. Sekarang ni memang zaman fitnah. Orang share cerita entah apa-apa kat fb senang je, tekan je butang share tu. Lepas tu. Bagaikan skim piramid, orang lain pon share, dah cerita tu widely spread. Persoalannya, betul ke cerita yang di share tu? Kalau melibatkan manusia, tak ke jatuh fitnah dan aib? Hurm...

Okay, maybe ni semua lebih kepada pengajaran instead of motivasi. Tapi pengajaran atau pun motivasi, both masih di kira sebagai perkara positif, bukan?

Dah banyak sangat kdrama aku tengok, dah banyak genre, dah banyak storyline, sampai tak ingat dah yang mana. Storyline favourite aku is cerita action mcm 3 days, bridal mask, city hunter. Kalau cerita medical related, good doctor and yong pal. Kalau cerita cintan cintun yang best, autumn in my heart, secret garden, and the time we were not in love. Cerita yang ada idol, aku x minat sangat sebab rata-rata cerita yang ada dorang ni sangat typical dan kebudak-budakan. Mesej kurang.

Main point kat sini is, tak kesah la cerita tu cerita apa pon, kalau penonton tu pandai menilai, pandai mengambil pengajaran apa yang patut, rasanya tercapai je objektif penulis skrip tu. Tapi, kalau yang tengok tu sekadar nak tengok 'crush' or 'bias' dorang, memang tak jadi apa la. Bagi cerita berilmiah macam mana pon memang tak kan dapat apa-apa benefit.

Untuk cerita melayu, aku harap penerbit boleh variasikan lagi cerita. Buat cerita-cerita yang 'mendalamkan air', means yang ada mesej la. Cukup-cukup lah cerita cinta tak kesampaian, hasad dengki sana sini. Ingat kehidupan kita ni berkisar tentang tu je ke. Banyak lagi benda yang anda boleh deliver kat penonton tau. Tak perlu lovey dovey pon tak pe.

Buat penonton, jadilah penonton yang bijak. Whatever cerita yang korang tengok, tengok dengan bijak. Bukan membuta tuli.

Actually nak tulis lagi. Tapi tak de idea. Tak pe la. Next time la.

Wednesday 12 August 2015

Kau yang kahwin, Aku yang VIP

Cuba korang bayangkan betapa YB nye korang kalau dah kena attend banyak majlis dalam satu hari. Mana nak kejar masa nya, mana nak kejar peta nya, mana nak kejar kepochi nya, bergambar la, makan la etc.

Suppose aku tak dapat pon nak attend semua majlis. Tapi dah rezeki, kawan nak tolong bawak kan, lets lah!

Tunggu punya tunggu, konon nak gerak pukul 11, tapi pukul 12 baru gerak dr KL Sentral atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Sampai batang kali je dah pukul 1. Tp surprise gila pengantin dah hilang hantar hadiah balik rumah. Pengantin dah siap makan kot. Hebat-hebat. Usai makan, kitorang pon bergambar macam biasa. Geng drama, dah kahwin tu, senonoh senonoh sikit. Jangan tengok drama banyak sangat sampai lupa lauk dalam periuk tengah atas stove, eh? Hahaha.





Journey to the second destination agak mencabar. Nak sangat ikut cakap waze. Ha sampai bercalar bumper bawah kereta. Waze bagi jalan estet. Jalan halus gila. Bengkang bengkok. Dok berzikir je semoga selamat je. In a meantime, kawan-kawan lain dah tunggu sekian lama  aku nak datang. Pengantin pon dah tak tahu nak buat apa. I was so VIP. Aku sampai je, terus semua habiskan sesi bergambar and chow.



And aku? Teruskan perjalanan ke third wedding of the day. Sampai kem wardieburn dah pukul 5.30 petang. Abang askar pon kata dah habis majlis, tapi kitorang insist gak nak masuk. Just sempat ambil gambar dengan pengantin dan dayang-dayangnya. Sempat jugak KLMJ and menjejak kasih.



Pukul 6.30 kitorang terus gerak ke kem sungai besi untuk our last majlis iaitu open house rumah panglima medan barat. Makan kambing sedappp. Tak sangka terjumpa iman kat situ. What a small world betul.

Sampai je rumah atikah, sambung pulak chit chat sampai ke pagi dengan Atikah dan Aqiedah. Lepas tu, pengsan tidur tak sedar apa. Penat habis dah.


Pengajarannya, jangan nak paksa diri sangat ke sana ke sini. Tak naik pangkat lagi, tak nak attend semua. Pergi mana mampu je. Nanti dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Rancang perjalanan anda.

Untuk shikin, thanks for the day. Next time boleh repeat lagi kegilaan kita. Hihi

Saturday 1 August 2015

Carrot cake dan pizzaraya kami di Seri Iskandar

Kalau dah namanya raya, tak sah kalau tak de rumah terbuka kan? Setiap minggu, memang penuh je dengan undangan rumah terbuka mahupun majlis perkahwinan. Kelas kitorang pon tak nak kalah hokay? We all pon ada makan-makan raya jugak.


Untuk pertama kali, tembok kemalasan aku untuk baking terrrpecah... Haha. I did a promise long time ago to bake carrot cake for my girlfriends, tapi asyik je postpone. Since dah ada good cause ni, buat je la. Oven, mixer, scale sume dah ada. So tinggal beli barang je la dekat tesco.

Resepi apa eh yang berjaya sangat tu? Resepi google la. From allgoodrecipe website. Simple je resepi nye. Kena pandai adjust la kandungan gula tu. Kalau tak, memang kencing manis la.

Sambutan memberangsangkan dari rakan sekelas cukup membuatkan hatiku lega dan terhibur. Ternyata my second attempt on this  have succeeded. InshaAllah, nila mood rajin tu datang lagi sekali, boleh je buat cake lain, sebab gula,  minyak memang ada lagi. Hehe.


berjaya buat chicken pie yang memang delicious sampai menjilat jari, while saidah buat kuih raya cornflake madu yang crunchy. Shima sangat berjaya menjadi 'chicken' helper yang tangkas melakukan tugas. Hahaha. Best sebenarnya nak masak nak baking ni. Rajin tak rajin je masalahnya. Haha.


Buat rakan-rakan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Kalau terkurang terlebih tu, mintak halal la ye.